Followers

Sabtu, 8 Oktober 2011

Berita ini lebih indah sebab dah 12 tahun menunggunya.

Alhamdulillah.  Syukur, terima kasih kepada PM kerana tidak melupakan penjawat awam.  Ada kenaikan gaji, ada kenaikan gred dan ada juga pemberian bonus setengah bulan gaji.  Juga beberapa insentif yang lain.  Terima kasih banyak-banyak, semoga ianya akan menjadi pemangkin kepada semua penjawat awam untk terus memberi perkhidmatan yang terbaik. 


Malam tadi saya juga mendapat khabar yang baik dan indah.  Saya menghadiri perjumpaan pembeli rumah di sini .  Syukur sangat harapan untuk melihat rumah yang telah 12 tahun terbengkalai hampir menjadi kenyataan.
Projek menyiapkan rumah  terbengkalai ini akan bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini.  Kerja-kerja pembersihan dan kerja asas akan dijalankan segera.

Selama 12 tahun membayar hutang pinjaman perumahan dengan perasaan kecewa, gaji stiap bulan dipotong tapi rumahnya tiada.  Memang sangat kecewa.  Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada barisan AJK bertindak persatuan pembeli rumah kami yang sentiasa berusaha dan mendesak pihak berwajib untuk meneruskan pembinaan rumah kami.  Projek ini akan diteruskan oleh pemaju yang baharu dengan dana diperolehi dari syarikat perumahan negara.  Khabarnya akan dimajukan oleh sebuah syarikat perumahan yang berjaya.  Harapnya begitulah. 

Malam tadi rata-rata kesemua yang hadir meluahkan rasa syukur di atas perkembangan terbaru ini.  Ya lah,  bukan semua pembelinya  mampu untuk menambah hutang membeli rumah yang lain.  Namun ada juga yang telah putus harapan dan terpaksa membuat satu lagi pinjaman semata-mata untuk membeli rumah yang lain, saya juga terpaksa membuat pinjaman lain untuk membina rumah yang diduduki sekarang ini.  Yang tak mampu dan tiada berumah,  terpaksa menyewa, memang membebankan mereka.  Hutang pinjaman bayar, sewa rumah pun perlu dibayar.


Semalam juga PM mengumumkan bahawa pembeli rumah akan hanya mula membayar hutang rumah mereka setelah rumah siap dan sedia untuk diduduki, ini yang sebaiknya, harapnya tiada lagi pembeli rumah yang menderita membayar hutang tetapi rumah tidak dapat diduduki. 


Khabar yang melegakan semua pembeli rumah ini  juga ialah kami tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.  Itu paling penting.  Kami hanya perlu meneruskan pembayaran baki pinjaman yang masih berbaki. Insyaallah, hutang rumah ini akan lunas menjelang saya pencen.  


//pencen umur 60 ?




28 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan.syukur..akak selesai jugak masaalah rumah tu kan.
60 tahun?? tak mau la..58 pun tak nak..he he

kasihibu berkata...[Reply]

tahniah buat cikgu cikgu
sangat menarik belanjawan semalam, tp kan bagi sya ianya menakutkan jugak, sbb terlalu banyak imbuhan, pemberian dari pihak kerajaan
ada pro n kontra setiap keputusan yg di ambil/di buat oleh PM untuk memuaskan hati semua rakyat
walaupun ada juga yg pasti tidak berpuashati

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna... memang syukur sangat, harapnya berjalan lancar nanti, janji pemaju dalam setahun setengah boleh siap


saya pun rasanya tak sanggup 60 tahun tu, skarang sain 56 je

ibuintan berkata...[Reply]

sya... mmemang seronokkan, banyak berita yg menggembirakan banyak pihak


biasalah sya...

NzA berkata...[Reply]

12thn kak???? MasyaAllah lamanya..sebaya dgn umo rumah pertama sy yg dibina di kg....semoga Allah terus prmudahkan segala urusan..berkat doa org2 yg traniaya....
Moga selepas ini ada sinar gembira utk akak......

kaklong berkata...[Reply]

pindah umah baru sok,buek kenduri jgn lupo ajak kaklong yo....heheheh!!

Zura berkata...[Reply]

alhamdulillah ye kak...

harap2 barang x naik la lepas ni...

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... yess! 12 tahun terbengkalai, 12 tahun jugak bayar setiap bulan tanpa miss tapi rumah takde, tiang dan dinding yg hampir roboh saja yg ada

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... insyaallah..ado joki, mesti jomput


doa2kan siap spt yg diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

CP Zura... harapnya gitu lah, tapi naik tetap akan ada yg naik

bia berpatutan

MulutPayau berkata...[Reply]

Alhmdulillah..syukur, bnyak insntif yg diberikan..

pencen 60 tahun tu..rasanya tak sanggup...hehehe

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

ada suatu pihak dahulu hendak membuat cadangan 'siap baru beli' tapi ditolak oleh rakyat

Wassalam

Hamizah berkata...[Reply]

lamanya menunggu..
kesian..
mmg patut pon dah siap rumah br byr..
tp rasanya gulung tikar la kontraktor kecil2an

IMANSHAH berkata...[Reply]

Ya Allah

Lamanya, syukur ke hadrat ALlah akhirnya doa termakbul jua

azieazah berkata...[Reply]

Ya, saya dengar juga begitu. Syukurlah.

Saya dengar, rumah Pertamaku juga dah dinaikkan dari maksimum 200,000 kepada 600,000. Bagusla.

sud@is berkata...[Reply]

durian runtuh ka..ada juga golongan tersasar spt OKU...

sal berkata...[Reply]

kita senasib...dah lama potong gaji..rumah tak siap2..nasib baik ada rumah suami..klu tidak,tentu menambah siksa, duka nestapa..

potong rumah, bukan sikit2...

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
LF MEMAHAMI

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Alhamdulillah...semoga kehidupan semakin makmur selepas ini.

Temuk berkata...[Reply]

Assalam
Bila banyak imbuhan, senyap-senyap banyaklah yg nak tambah harga barangan. Memang bagus 'kuasa' rakyat utk membeli rumah dinaikkan, tapi usahlah yg buat rumah naikkan harga rumah sewenang-wenangnya. Pemantauan & kawalan harga barangan/komoditi, termasuk rumah, amat penting diberi perhatian berpanjangan oleh pemerintah. Walau apa pun, terima kasih kpd PM.

Ibuhani berkata...[Reply]

Alhamdulillah.....lama tu tertunggaknya pembinaan rumah ibuintan! Kat kwsn mana tu? Tp apa2 pn semuanya dah ok.....syukur!

sahromnasrudin berkata...[Reply]

syukur alhamdulillah..terima aksih kpd PM..

tak larat rasanya umo 60 masih terkial duk bilik fail tue...dh bongkok sy agaknya huhuhhhhh

Kak Amy berkata...[Reply]

alhamdulillah kak , syukur sangat x sia2 penantian akak selama nie... now dah boleh senyum lebar dah hehe...

ibundo berkata...[Reply]

salam ibuintan,
ingatkan 12 tahun menunggu tu, intan nak dapek adek uhuk..uhuk..

Unknown berkata...[Reply]

ibu intan............
ayu tumpang happy..

tahniah

Akak Kembang berkata...[Reply]

Kesiannyer Ibu..takpe lepas ni blh ddk umah baru..jgn lupa jemput bl buat house warming

IMANSHAH berkata...[Reply]

lama tak update

Asri Alam berkata...[Reply]

Alhamdulillah.. ibu, berita gembira utk kita. hehe.. tp pelik jgk, ada kakitangan awam tu dah asyik dpt faedah tu tp tetap jgk nak kritik pimpinan kerajaan.