Followers

Ahad, 18 April 2010

Abah intan lak masak - sup ayam sayur campur

Salam dan selamat petang,
Hari ni cuti ujung minggu...kalau hari kerja hari-hari beli lauk tapau saja... hujung minggu cam ni wajib masak..

menu makan tengah hari ni ialah rendang pegaga dan juga sup ayam sayur campur......pagi tadi dah pergi
pasar minggu dan beli bahan-bahan masakan hari ni.........pucuk pegaga baik untuk kesihatan dan mental -
pegaga juga mujarab bagi memperbaiki fungsi minda, meningkatkan daya ingatan dan menguatkan tumpuan
fikiran (tidak berasa penat berfikir) so selalu beri anak-anak makan ulam pegaga, buat kerabu, buiat jus juga
sebagai gulai, selalunya buat rendang ayam kampung dengan pegaga ni......... sodap... tapi hari ni rendang
pegaga campur ikan bilis sahaja......... hari ini abah intan juga masuk dapur, abah intan masak sup ayam
kalau abah intan yang masak sup mesti ditambah dengan karot, brokoli, kubis bunga, lada benggala dan tak 
lupa lada sulah..... tu sebab ibuintan namakan sup ayam sayur campur..... berselera makan tambahan pula
hari ni mendung.......... jadi makan sup ni tak lah badan panas sangat, kalau cam selalu cuaca panas
membahang, makan sup cam ni mau mandi peluh semasa makan....... menitik peluh jantan bahana lada sulah
dan lada itam.......... tq abah intan next week masak tomyam pulak ye.... abah intan memang suka sup-sup gini
wassallam