Followers

Ahad, 18 April 2010

Alfatihah buat Allahyarham Acik Spin.

Salam 1Malaysia dan selamat berhujung minggu,
Pagi ni selepas menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Farah dan Shahirah dalam Nasi Lemak Kopi O membacakan  berita-berita dari suratkhabar utama hari ini, baru tahu bahawa Achik Spin telah meninggal dunia... meninggal setelah terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya LEKAS menghampiri Pajam petang semalam.... satu lagi kemalangan maut... nampaknya jalanraya dan lebuhraya di Malaysia sekarang memang dah menjadi pembunuh utama.... memang ajal dan maut di tangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia dan sebagai pengguna jalanraya haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada......... terbabas, terlanggar, melanggar, dirempuh, merempuh, terempuh ... rasa-rasanya semuanya berpunca daripada kelajuan.. kalau tak salah kita salah orang, jadi sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada di jalanraya.
Kepada keluarga alahyarham banyakkan bersabar dan ini semua ujian daripada Allah s.w.t.. alfatihah buat alahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurgaNya.. Amin
wassallam

Tiada ulasan: