Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Semalam sekolah,sekolah ganti untuk cuti hariraya nanti... so pagi ini sebuk, kena buat kerja double... aktiviti mengemas, mengemop, mengvakum dan segala macam kerja rumahtangga dilakukan pagi ni.....so memang tak dapat nak rest langsung ujung minggu ni............ pagi-pagi dah mula, step pertama ke dapur la.. bikin sarapan ... menu pagi ni nasi lemak, tapi takpe la sebab lepas makan aktiviti berat menanti, berat tu......... sapu sampah, vakum semua bilik, mengemop satu rumah, cuma membasuh kain baju ye dicutikan sebab paip tak berair , dari petang semalam paip air hanya mengeluarkan angin saja........tak tau sampai bila... harap air dalam tangki je.. kalau habis satu rumah tak mandi hari ni..........selesai kerja pembersihan........ aktiviti wajib lak... membelek dan membelai pokok orkid, terapi yang best lihat orkid yang kembang dan berkalerpul tu......... masih banyak orkid yang still bloom, hepi sesangat.......lepas ni nak mula memasak lak, hari ni cadang nak pergi berkelah di SMKAP, Pedas..... melawat along yang study di sana,... dah lama tak buat aktiviti berpiknik ni......... takde laut, padang je......ujung minggu gini biasanya banyak family yang datang menziarah anak-anak masing-masing, sambil membawa bekal makanan......... banyak yang datang sampai penuh semua wakaf yang disediakan pihak sekolah...... so ramai jugalah yang makan di bawah-bawah pokok rendang di tepi padang... tu yang ala-ala piknik tu..........santai gitu............ makan sambil borak-borak dan bertanyakan hal pelajarannya.......ni nak mula masak , .cadangan menu pagi ni ialah daging masak kicap........ menu feberet si along jugak tu... dan semacam dua lagi menu sampingan...
wassallam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan