Followers

Rabu, 7 April 2010

Kempen Konsumer Kebangsaan 2008 -2012

Isnin lepas sekolah didatangi oleh wakil dari FOMCA, memberi ceramah dan penerangan tentang peranan pengguna kepada semua murid-murid tahap dua. Ceramah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid diberi penerangan tentang tanggungjawab mereka sebagai pengguna dan pembeli. FOMCA sedang menjalankan kempen kesedaran kepada semua rakyat - PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA.

Di antara sebahagian pelajar yang sedang mendengar ceramah dan penerangan yang diberikan. Selain mendengar ceramah pelajar juga mengikuti beberapa aktiviti soaljawab secara lisan dan bertulis.

Setiap pelajar mendapat sebuah beg jinjing untuk membeli belah - ganti beg plastik. Kenapa guru-guru tak dapat............. kan guru yang yang pergi soping, anak murid  ngikut mak aje... tak patut ni.........

Tiada ulasan: