Followers

Jumaat, 2 April 2010

Along - Happy Birthday Sayangku

Assalamualaikum,
2hb april 1993. tepat pukul 12.10 minit malam, anakku Muhd. Amirul Syafik dilahirkan. Nama yg mambawa maksud pemimpin penyayang. Dalam keluarga dikenali sebagai Along, seorang anak yang manja, baik, mendengar kata serta pendiam. Sedari lahir alhamdulillah, along membesar tanpa masalah... along kini belajar di SMKA Pedas, dalam ting 5 dan akan menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Sebagai anak sulung. .....abang kepada 2 orang adik, along diharapkan akan menjadi pemimpin dan pelindung yang boleh diharapkan. Ibu dan abah sentiasa mendoakan along sentiasa dalam lindungan dan rahmat daripadaNya Semoga along berjaya dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, semoga along cemerlang dan berjaya mencapai 9A seperti yang along harapkan. Amin ..
Selamat Hari Lahir sayang....

Wasallam..........

Tiada ulasan: