Seronok mereka bila dapat menggunakan komputer. Sebab tak ramai, hari ni hanya lima orang yang hadir , maka lima orang ni je lah yang ada dalam kelas Moral harini, empat orang tak hadir... siapa cepat siapkan kerja, boleh menggunakan komputer.... bersemangat mereka,cepat je memasing membuat kerja, tak ada yang berborak atau berleka-lekaan. Dalam lima orang ni hanya seorang tu saja (berbaju ungu) yang boleh membaca lancar. Yang lain masih tersangkut-sangkut lagi.
Mereka hanya dapat menggunakan komputer semasa di sekolah. Pembelajaran di dalam makmal komputer amat mereka sukai. Setiap kali waktu pembelajaran mereka mesti mencadangkan belajar di sini. Mereka selalu berharap tiada murid kelas yang belajar ketika itu.
Ganjaran boleh menggunakan komputer kepada anak orang Asli ini sesuatu yang amat mereka nantikan.