Followers

Ahad, 4 November 2012

Permudahkanlah urusannya........... Amin.









    Kepala mahal, ekor murah.... sapo ajar tu!



    Assalamualaikum.......selamat pagi dan selamat bersarapan.  Alhamdulillah, ibuintan bersarapan mee hoon goreng bersama teamix pagi tadi.  Pagi-pagi waktu cuti bolehlah masak sarapan sendiri, kalau hari kerja bersarapan di kantin sahaja.  Sarapan pun pukul sepuluh lebih,  terus makan nasi yang merangkap makan tengah hari lah tu.  Balik sekolah pukul dua hanya bawak lauk tapau untuk anak-anak yang balik sekolah.

    Tengah hari ni tak tau nak masak apa lagi.  Semalam masak yang ringkas saja.  Asyik makan ayam dan daging je sepanjang minggu naik jemu pulak.  Empat hari berkursus, hanya ayam dan daging saja menunya silih berganti. Dalam mee pun ada ayam, kuih karipap pun ada ayam... balik ke rumah pun masak ayam lagi.  Azim kalau boleh maunya ayam saja setiap hari.


    Ni sajo nak tayang menu kampungan somalam.


    Ikan parang masak asam... sumo suko ni, masaelahnya ikan parang je mahal kat sini.  Sekilo RM22 kalau bahagian kepala, bahagian ekor RM21. Pe pasal  harga kepala dan ekor tu bebeza?  Muskil amek-amek la... yang taunya kopala tu lobih sodap dan setiap kali boli kalau tak boli sekor, mesti boli bahagian kopalo, nak gak kopalo tu!!




    Ni pulak ikan cencaru bakar, rebus cuk ubi dan samba gesek.  Samba gesek somalam memang podeh... tapi makin podeh makin sodap lak bilo dicolek dengan cuk ubi tu.  Ikan cencaru bakar pula dicecah dengan air asam berkicap yang kurang pedas.  Ada pula petai jeruk... memang sah menu kampung.  Alhamdulillah, kampung pun kampung la, janji semua berselera makan.  Syukur dengan rezekinya.