Followers

Isnin, 4 Julai 2011

Nak bunuh.... nak buek camno!!


Tolong saya, bantu saya...macam mana nak buang lanun kat atas tu.....sejak semalam komputer kat  rumah ni dah kena kacau dengan si lanun tak sedar  dek untung ni......perisai keselamatan kononnya tapi taunya minta nombor kad kredit saja......hampeh betul.... mana nak ambik nombor tu kalau kadnya pun takde,  yang big problemnya langsung tak boleh nak buka-mana2 web atau donlod mana2 antivirus ,  memang sakit jiwa sejak petang tadi tak jadi kerja lain, asyik mengodek cara2 nak buang virus perisai keselamatan tu tapi tetap tak boleh.. ...semua dah dibloknya, semua sudah kena kacau.


Nasib baik ada laptop.  Masih boleh membuka blog ni.  Namun mohon maaf, masih tak dapat merewang ke blog kengkawan dengan sesuka ati, lappy pulak jadi rebutan. Nampak gayanya kena hantar juga cpu ke pakar kalau 'lanun' di atas masih tak dapek di bunuh.  Tak 'ghoti' den doh!


Ahad, 3 Julai 2011

Kita kat Mersing Ekk!


Apa khabar sahabat semua? Mohon maaf dah empat hari bercuti dari berblog, menjengah blog sahabat pun sesekali saja.  Badan tidak berapa sihat dua tiga hari lepas. Sekarang pula berada di Mersing, datang petang semalam dan menginap semalaman di sini.  Insyaallah petang ni balik Kolopilah semula.  

Terpaksa menginap semalaman di sini, sebab sampai di Mersing pada pukul lima petang semalam, semalam lambat bertolak dari rumah kerana pagi semalam ke sekolah dulu.  Semalam kan program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.  Maka berlari-larian lah di padang je.... empat pusingan.. anggaran 1.5km.  Murid-muridnya la...cikgu2nya ..satu pusingan pun dah semput.

Moga kita jumpa lagi.
 


///doc DZZ.... kita pun kat Johor ekk!