Followers

Isnin, 31 Januari 2011

Kakcik, terimalah karangan ku ini.


Khas untuk Kakcik , di  http://kakciknurseroja.blogspot.com/.... saya sahut seruan kakcik di hujung-hujung masa yang diperuntukkan. Berdasarkan kata kunci  di bawah:

                                                                            
                      

Pada suatu petang, dalam hujan lebat yang masih turun dengan mencurah-curahnya di luar rumah,  Ibuintan terasa amat lapar.  Ibuintan masih terasa lapar walaupun baru satu jam tadi makan tengahari.  Tiba-tiba Ibuintan teringatkan kuih talam ubi yang selalu dibuat oleh emak dulu.  Seakan-akan terasa kesedapan dan terbau aroma wangi daun pisang dan ubi yang menusuk hidung.


Ibuintan pun mula ke dapur.  Hasrat hati berkobar-kobar untuk membuat kuih talam ubi tersebut.  Malangnya TEPUNG TALAM tiada dalam simpanan, sudah kehabisan stok.  Ibuintan  dengan berat hatinya berjalan ke kedai runcit di hujung kampung.  Berjalan dengan berlenggang kangkung sambil mengangan-angankan kesedapan kuih talam.

Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka, muncul seorang abang Bangla tersenyum tersipu-sipu lalu menegur Ibuintan.  Ibuintan pun buat muka bodoh sombong sebab abang Bangla tu tidak sehensem Shah Rukh Khan.  Apalagi abang Bangla itu pun mula membuat GANGGUAN SEKSUAL.  Abang Bangla itu cuba menarik-narik tangan Ibuintan dengan beraninya.  Ibuintan pun rasa amat takut dan cuba untuk menjerit. Namun dengan tidak disangka-sangka, abang Bangla itu terus melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin berbatu PERMATA Intan yang tersangat cantik.

Oh tidak,  Ibuintan tidak boleh menerimanya.  Ibuintan telah pun bersuami.  Ibuintan pun segera menelefon abahintan  dan memintanya datang dengan segera supaya abang Bangla ini dapat dikembirikan.  Abahintan pula tidak tahu MAKNA KEMBIRI, maka terpaksa pula Ibuintan menjelaskannya dengan panjang lebar.


Selesai saja memberi penerangan kepada abahintan, abang Bangla itu telah pun tiada.  Abang Bangla itu rasa takut agaknya bila Ibuintan juga ada menyebut HALWA MASKAT, mungkin dia merasakan yang halwa maskat itu ialah alat untuk mengkembirikannya.  Nasib baik Ibuintan teringatkan halwa maskat sebab Ibuintan tahu melalui blog KAKCIK SEROJA, kakcik selalu kata halwa maskat itu  sangat sedap rasanya  sebab itu Ibuintan meminta abahintan membelinya di Kedai Mamak Azeez.

Sampai saja di kedai runcit, sekali lagi Ibuintan terkejut.  Rasa hendak pengsan pun ada.  Ibuintan amat terkejut melihat tauke kedai runcit itu memakai PAKAIAN UNTUK MENDAKI.  Pakai baju macam itu hendak mendaki apa, bukit di sini rendah saja, hendak mendaki gunung hanya ada Gunung Angsi di Taman Ulu Bendul tetapi sekarang musim hujan aktiviti mendaki dihentikan buat sementara waktu.

Tiba-tiba si tauke kedai buat satu kejutan lagi, dia dengan selamba mendeklamasikan  satu SAJAK ULANG TAHUN KELAHIRAN, entah untuk siapa tidak tahulah. Hendak dikata untuk Ibuintan tidak mungkin sebab ulang tahun kelahiran Ibuintan telah berlalu.  Pelik sungguh Ibuintan melihatnya tambahan pula si tauke kedai dengan tiba-tiba dari mendeklamasikan sajak terus pula bertukar menjad ZOMBI KAMPUNG PISANG.  Dari bertudung cantik telah bertukar ke rambut yang mengerbang.  Macam hantu Kak Limah balik rumah pun ada juga.


Akhirnya Ibuintan membatalkan saja hasrat untuk membeli tepung talam itu. Tambahan pula di rumah juga tiada ubi, pokok ubi telah habis disondol oleh babi hutan.  Jadi untuk menunaikan hajat  makan talam, Ibuintan telah menukarkannya kepada talam jagung saja.  Ibuintan pun terus menelefon abahintan semula, memintanya membelikan sebungkus tepung talam, jagung dan gula anau.  Ibuintan bercadang hendak  memasak kuih talam itu pada keesokan pagi.  JIKA TERDENGAR  SUARA AZAN BERGEMA SAYUP MENJELANG PAGI esok, insyaallah Ibuintan akan bangun dengan segera.  Selepas solat subuh Ibuintan akan memulakan operasi memasak talam yang diideakan oleh Kakcik Seroja.


//kakcik idea last minit ni.. boleh tak



Ahad, 30 Januari 2011

Hujan yang berterusan, peniaga senyum kelat.

Sudah beberapa hari hujan turun berterusan sepanjang hari.  Sejak subuh tadi hujan turun, agak lebat juga. Masih berterusan turun.

Baru balik dari pekan Ahad @ pasar minggu Tanjung Ipoh.  Sarapan pagi di sana bersama abahintan, makan roti canai sekeping sorang.  Orang tidak ramai, rasanya ramai lagi penjual daripada pembeli,  tidak mjungkin masih awal  sebab sudah hampir pukul sepuluh semasa di sana tadi.


Hanya  penjual ikan, daging segar, ayam dan sayur-sayuran saja yang berjualan.  Sementara peniaga kain, baju dan seluar bundle, barangan plastik dan bukan peniaga barangan makanan tidak mengeluarkan barangan mereka.  Mereka tidak mahu mengambil risiko barangan mereka basah dan rosak agaknya.


Melihat keadaan sekiranya berterusan begitu, terasa kesian pada peniaga yang kesemuanya Melayu, barang jualan terutama sayur-sayuran kampung belum terusik langsung, ramai yang termenung menunggu pelanggan sambil tersenyum agak kelat bila ditegur sapa saja tanpa membeli barang jualan mereka.

Ibuintan hanya membeli ikan sepat sungai, pucuk pegaga, kangkung air, cili api, telur itik serta tempoyak.  Juga ikan lampam jawa untuk mak mertua.



Semalam masak rendang ayam dengan pucuk maman.  Masih ada berbaki.  Jadi tadi beli tiga potong lemang. Beli lemang yang di jual oleh bekas bos, bekas guru besar yang telah pencen dan kini mengisi masa pencen dengan menolong isterinya menjual kuih-muih dan lemang.  Sepotong lemang berharga RM1.50. sedap lemangnya.  Beli juga sedikit rendang daging.



Rendang ayam kampong campur sayur maman, sayur maman hanya dicampur sedikit saja sebab rasanya agak pahit, anak-anak kurang suka.

//lebih kesian lagi kepada penoreh getah, hanya senyum  mendengar harga lantun melantun naik, tapi rezeki mereka tidak masuk