Followers

Selasa, 12 Oktober 2010

Dulu mengganggu sekarang tak mengganggu ke?


Ini pasal sukan tahunan sekolah.  Di awal bulan Februari yang lalu, setelah bermesyuarat untuk membincangkan tentang sukan, setelah dipersetujui bersama sebulat suara tentang acara dan kertas kerja,  setelah bersusah payah  guru-guru lelaki membuat garisan padang, setelah guru-guru dan murid berjemur dan berpanas membuat latihan. Setelah semua persiapan telah di atur dan berjalan lancar.  Hadiah dan cenderahati telah dibeli dan telah tersedia. Sumbangan daripada penderma juga telah diterima. Pendek kata hanya menunggu hari sukan saja lagi.

Namun tiba-tiba atas arahan pihak atasan sukan tahunan terpaksa dibatalkan. Terpaksa dibatalkan walaupun masa untuk sukan berlangsung hanya kira-kira seminggu saja lagi. Segala usaha guru-guru untuk meneruskan sukan tidak berhasil. Segalanya serba tidak menjadi cuma kerana beberapa hajat 'ketua' tidak tertunai.  Dan dengan alasan mengadakan sukan tahunan awal tahun akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid maka sukan dibatalkan di saat akhir.  Alasan yang tidak menyeluruh ke sekolah lain. Rata-rata semua sekolah rendah dan menengah di sekitar sini mengadakan sukan tahunan di awal tahun persekolahan. Boleh pula..

Kini, di bulan Oktober dan menjelang dua minggu lagi untuk peperiksaan akhir tahun, murid-murid dan guru-guru meninggalkan kelas,  sesi pengajaran dan pembelajaran di waktu pagi semata-sama untuk latihan sukan. Murid-murid hanya belajar selepas waktu rehat sahaja, dan biasanya mereka telah keletihan di waktu itu. Bagi guru-guru yang masih mengejar untuk menghabiskan sukatan sebelum peperiksaan akhir tahun memang menghadapi masalah. 

Sukan akan berlangsung pada hari Khamis nanti. Yang peliknya  di awal tahun tidak boleh diadakan sukan atas alasan mengganggu pelajaran murid-murid tetapi mengapa menjelang dua minggu untuk peperiksaan akhir boleh pula di adakan sukan. Kalau di awal tahun mengganggu pembelajaran murid tidakkah di waktu sekarang juga mengganggu pembelajaran murid.

Inilah yang berlaku sekarang (hanya di sekolahku)  guru-guru yang dipaksa akur dan terpaksa akur.
Kau siapa untuk tidak menurut perintah....

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10.. dalam kegembiraan ada kedukaan

                                                           
Seharian semalam media sibuk dengan pernikahan dan persandingan gemilang  Datuk Syeikh Muzafar dan pasangannya Dr Harlina.  Semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Malam tadi pula dikejutkan dengan berita sedih tentang kemalangan maut dan ngeri yang berlaku di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh semua mangsa yang meninggal dunia di dalam kemalangan tersebut.

     Gambar daripada  fb Mohd Safuan Bin Salahudin.

Adakah ini sememangnya takdir Ilahi ataupun atas kelalaian manusia sendiri?