Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Akhirnya, kurung oren kepunyaan Intan siap dan sedia untuk dipakai hujung minggu ini. Intan sendiri menjahit kemasan lehernya, biasanya dia jahit mata lalat sebab senang dan menjimatkan masa. Hanya tudung yang masih belum jumpa yang pekenan dihati. Hendak juga yang sedondon dan boleh masuk ngan baju.. Biasalah .. perempuan kan! Tapi baju sendiri lak yang siap tak siap ni. Masih tak siap sepenuhnya, kemasan akhir lom buat lagi. Tapi wbpun jamin dapat pakai baju baru kenduri ni, taknak mesti nak baru juga.. Nak juga melawa selepas bergotong royong (merewang) mulai petang ni. Ni nak mulakan operasi menyelesaikan kerja2 akhir sepasang kurung yang ala-ala oren juga. Tema la katakan.... sekarang semua majliskan pakai tema, kenduri aruah ye yang belum ada tema. Sabar yo la.............
Wassallam.
Followers
Jumaat, 26 Februari 2010
Panas, panas,panas
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, selawat dan salam kepada junjungan besar dan para sahabat.
Sepanjang minggu ini cuaca terasa amat panas, membahang dari pagi hingga ke petang malah membawa sehingga ke malam. Keadaan menjadi serba tak kena dan rimas. Kipas sentiasa berputar ligat. Biasanya kalau cuaca panas begini suasana malam di kg masih terasa kedinginannya di waktu malam. Air paip pun masih mengalir dengan sejuk dan dingin, tetapi kini amat berbeza. Air hangat yang terasa setiap kali mandi, tidak kira wktu siang atau malam, tidak terasa kepuasan dan nikmat mandi yang sebenar. Kering saja air dibadan telah terasa kepanasannya semula. Tugasan menyiram pokok2 bunga dan tanaman lain menjadi bertambah, selalunya pokok2 ini hanya disiram di waktu petang, tetapi kini sebelum pergi kerja, ambil masa sedikit untuk menyiram pokok2 tersebut. Tak smpai hati melihat pokok2 kesayangan (orkid) kekeringan ditengahari.
Disekolah juga kami merasa suasana panas, tetapi panas kerana kami menerima tetamu yang diundang. Hari Isnin yang lepas kami menerima kehadiran Tim. Pengarah JPNS, diikuti pada hari Selasa dan Rabu oleh 3 orang pegawai dari PPD K. Pilah. Pegawai2 berkenaan datang kerana mengadakan pertemuan dengan dengan para guru dan kakitangan sekolah ibuintan. Kehadiran atas urusan mencari jalan penyelesaian konflik antara pentadbir dengan kami orang bawahannya. Alhamdulillah, ibuintan terasa lega, semua yang terbuku dihati telah dicurahkan, kami cuma menunggu apa keputusan dan takdir kami selapas ini. Apa masalah dan konfliknya, biarlah rahsia dahulu. Semoga Allah memberi kami taufik dan hidayah serta jalan yang terbaik buat kami selepas ini. Semua yang baik dtang dariNya dan yang tidak baik datang dari diri kami sendiri.

Langgan:
Catatan (Atom)