Followers
Isnin, 7 Oktober 2013
...berilah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpa ini..
"Jika
manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti
sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila
cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah
mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami
dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada
‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – Ya Allah peliharalah diri
ini."
amin
Selasa, 1 Oktober 2013
Bila ibu mula malas ke dapur.
"ibu ni kan sejak kakak dan along takde kat rumah, jarang masak..asyik beli kat kantin je, malam pun masak simple-simple"
Aduih.. tak semena-mena dapat komen berapi daripada Azim petang tadi. Hahaha memang betul pun. Kerajinan memasak makin menurun sejak dua menjak ni. Tambahan pula tengah hari hanya Azim sorang saja yang makan, itu pun kekadang tak juga makan bila dia balik lewat petang dari sekolah. Ibuintan biasanya makan di kantin sewaktu rehat. Makanan berat pula seperti nasi berlauk, tu yang kenyang sampai ke petang. Lauk pauk yang dijual dikantin pun menepati selera dan citarasa, apalagi membungkus la setiap hari. Suami juga setiap hari tidak balik ke rumah, makan di rumah emak atau adiknya yang tidak jauh dari tempat kerjanya. Makan malam sahaja kami dapat berkumpul bertiga.
Makan malam biasanya memang simple saja, memang jarang masak berat untuk makan malam sebab selalunya lauk yang dibeli masih berbaki. Azim pun makan bukannya banyak sebab dia dah makan disekolah waktu rehat. Malam biasanya rebus, buat sup, goreng atau bakar saja. Hari cuti atau hujung minggu baharu masak yang berat dan mengikut selera yang berhajat. Malam makan berlauk lemak dah terpaksa dikawal, dah kena jaga paras kolestrol sekarang.... kukus, panggang dan rebus yang selalunya. Tu yang Azim tak berapa bekenan tu terutama yang berebus... tak menarik minat dia langsung. Sian budak tu gara-gara Along dan kakak tak ada, mood ibunya pun berubah. Bukan apa ibunya kalau masak makanan yang menjadi kesukaan kakak dan alongnya, hati ibunya terus menjadi sayu, terus mengenangkan mereka berdua, silap-silap hilang selera makan, mesti terbayangkan kakak dan alongnya yang setiap hari hanya makan di kedai.
Yang penting telur, nugget, ayam sedia digoreng serta daging burger mesti ada dalam fridge. Lauk kecemasan untuk Azim, boleh digoreng bila-bila masa serta amat disukainya.
Gulai telur itik dicampur pucuk ubi yang disimpul permintaan suami.
Goreng peria berkunyit..
Langgan:
Catatan (Atom)

