Followers
Selasa, 10 September 2013
Isnin, 9 September 2013
Memang ... blogger wajib ambil gambar dan bergambar.
Ini bukti paling kuat. Orang kuat majlis ni. Walaupun sudah diserahkan kepada jurugambar berbayar untuk merakam setiap detik majlis namun selaku blogger merakam gambar juga sudah menjadi suatu kemestian. PakNgah Hamzah al-Lavendari, blogger hebat yang mempunyai komensen yang tinggi, juga merupakan pengasas dan admin Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) di fb. Kelab K-PAP yang semakin terkenal sebagai laman sembang yang bukan khas untuk anak-anak kelahiran Negeri Sembilan sahaja tetapi yang lebih utama sebagai satu laman untuk mempelajari bahasa atau loghat Negeri Sembilan. Bahasa yang hanya digunapakai di Negeri Sembilan sahaja. Atas inisiatif dan usaha PakNgah kini telah muncul kamus bahasa Negeri Sembilan. Dah terkumpul beratus-ratus perkataan tu, sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa Negori silakan ke fb ini .. jangan lupa like tau!
Gambar ni tak taulah... suratan atau kebetulan. Kenapalah en abang ibuintan dan abang Kakchik Seroja lolap masa ni.
Alhamdulillah, akhirnya semalam sampai juga hajat ibuintan, ditemani suami dan Along, ibuintan berjaya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak PakNgah Hamzah di kediamannya di Lavendar Heights, Seremban. Dan seperti harapan sebelum bertolak agar bertemu beberapa blogger terkenal yang blognya selalu ibuintan ikuti, maka impian dan harapan itu juga separuh tercapai. Bertemu KakChik Seroja yang datang bersama suami serta anaknya Bang Chik. Pada awalnya ibuintan berasa Kakcik Seroja tidak hadir sebab sebelumnya ibuintan terbaca cacatannya diblog yang suami Kakcik dirawat dihospital sebab kecederaan lutut. Namun kata Kakcik semangat suaminya kuat untuk datang juga walau sakit lututnya masih terasa. Bertemu juga blogger RKA serta isterinya. Jiran PakNgah rupanya blogger RKA ni... kami tidak dapat berbual panjang sebab RKA ada majlis lain untuk dihadiri.
Seriusnya Azie. Juga seorang blogger yang amat ibuintan kagumi penulisannya. Tenguk tu seriusnya Azie. Azie datang bersama Kakcik Seroja. Kenangan terindah berjumpa kedua blogger famos amos ni!
Kak @Acik Erna bersama suaminya. Kami juga tidak dapat berborak panjang, Kak Erna juga beredar awal dari majlis ini untuk melawat anaknya di asrama. Kami sama-sama meninggalkan majlis ini semasa tuan rumah PakNgah sedang sibuk melayan tetamu pihak pengantin perempuan. Hanya sempat berjumpa dan bersalaman dengan MakNgah sebelum balik. Ibuintan juga kehilangan Kakcik dan Azie, puas melilau mencari mereka sebelum balik. Disebabkan suami dan anak ada urusan di Seremban maka ibuintan kecewa juga tidak sempat menunggu blogger Yunus Badawi (YB) sampai. Semasa makan Azie ada memaklumkan yang YB sedang dalam perjalanan ke sini. Masih belum ada rezeki juga hendak bertemu blogger YB serta beberapa lagi blogger lain yang hadir ke majlis perkahwinan anak PakNgah.
Suami ibuintan mengatakan pengantin lelaki ada iras penyanyi Maher Zain. Sama cantik, sama padan. Tahniah moga pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.
Rupanya hanya ini saja gambar yang ibuintan ada. Kecewa tiada gambar bersama tuan rumah serta isteri.
Langgan:
Catatan (Atom)