Musim kundang mesti buat sambal kundang... masam, manis, masin dan pedas. Musim durian pula wajib buat tempoyak, dah ada tempoyak mesti pula buat sambal tempoyak. Jadi tengah hari tadi, kedua-dua sambal ini menjadi pembuka selera. Dua-dua ada kepedasan cili api. Makin terasa pedas makin berselera makan. Tempoyak ini masih baru, baru dibuat lima hari yang lepas, masih ada manis duriannya.
Gulai ikan parang campur petai dan peria. Gulai ni ibuintan masak di rumah mak mertua, kebetulan semasa membeli ikan, di kedai tu ada jual petai sekali. Beli je lah, seikat lima papan RM3. Mak mertua suka sangat makan gulai ikan parang dicampur petai ni. Seronok melihatnya berselera makan, kalau tak habis mak mertua sangup panaskan lagi. Hanya inilah satu-satunya ikan laut yang mak mertua makan. .. anak-anak yang lain pun kalau balik kampung, akan bawa ikan parang juga untuk stok mak masak.
Petai juga ada yang kembar ulasnya. Bila dipotong nampak macam bentuk hati lak. Orang tua kata "makan benda yang kembar nanti dapat anak kembar" betul ke camtu? Masa kecik dulu selalu dengar ayat macam tu... selalu jugak langgar pantang mak.. makan jugak pisang kembar tapi tak dapat pun anak kembar.
Menu orang kampung ni tentunya untuk mak abah je lah... anak-anak pandang pandang dan rasa-rasa dengan berat hati je la..
Tapi kalau ada ayam camni, selagi tak habis selagi tu asik ngulang makan.. betul kan Azim. Hari-hari wajib ada menu ayam. Tak kira masak apa... janji ayam.









