Followers

Sabtu, 10 Mac 2012

Hadiah pemberian Ammar Haziq dan Nur Damia.. terima kasih, sayang!



Terima kasih kepada adik Ammar Haziq dan Nur Damia serta keluarga.  Tengah hari tadi ke majlis kenduri berkhatan Ammar Haziq. Meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Makanan juga sedap dan enak-enak belaka.  Sebelum balik saya menerima hadiah yang telah disediakan oleh dua bekas anak murid ini iaitu Ammar dan adiknya Damia. Hadiah ini sepatutnya diberi kepada saya pada satu jamuan meraikan perpindahan saya ke sekolah baru pada hujung bulan Januari yang lalu tetapi saya tidak berkesempatan hadir ke majlis berkenaan.  Disebabkan niat kedua beradik ini untuk memberikan juga hadiah ini kepada saya maka  hadiah ini masih mereka simpan.  Terharu sungguh dengan ingatan mereka.

 


Hadiah yang telah selamat dibuka.  "Macam suruh cikgu masak selalu je ni!  Terima kasih sayang.. Ammar dan Damia. Terima kasih juga kepada kedua ibubapanya yang mengeluarkan modalnya.  Moga Ammar dan Damia berjaya dalam pelajaran, berjaya di dunia dan akhirat.  Damia yang bongsu dalam keluarganya adalah antara bekas anak murid saya yang paling manja dengan saya.


Selasa, 6 Mac 2012

Milo percuma... besar bagai johan.


Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.  Entah kenapa bagi saya milo percuma ini memang sedap rasanya.  Sejak dari sekolah rendah dulu, van yang datang membawa milo percuma ini sentiasa ditunggu-tunggu.  Pagi tadi ia tiba-tiba muncul diperkarangan sekolah.  Sesuai sangat dengan cuaca yang panas, maka cikgu dan murid sama-sama beratur untuk mendapatkan secawan  air yang sejuk dingin itu.


Dua orang cikgu yang membesar bagai johan sedang beratur mengisi bekas air masing-masing dengan air milo percuma.  Sebab cikgu-cikgu besar bagai johan maka cawan kertas tu tak sesuai buat mereka, satu cawan kertas tu hanya untuk sekali teguk sahaja.  Harus guna bekas yang besar... harus diingat juga dua orang cikgu yang besar bagai johan di atas bukan ibuintan tau!!