Pernah tak makan buah ni? Ibuintan memanggilnya buah Srikaya. Di sudut luar pagar halaman rumah ibuintan ada sebatang pokok srikaya ini. Rajin berbuah. Sentiasa ada beberapa biji buahnya. Tapi tak siapa yang berminat untuk memetik dan memakannya. Budak-budak sekarang langsung tak pandang pun buah ini, jauh sekali hendak merasanya.
Ibuintan selalu juga petik buah srikaya yang telah masak. Tapi sayang selalunya dibuang saja selepas dibelah. Tak ada siapa yang berminat. Ibuintan sendiri tidak suka memakannya. Selain baunya, isinya juga terlalu manis. Petang tadi juga petik sebiji yang telah masak tapi tetap tak bermakan, tetap tak ada yang berminat. Akhirnya buang begitu saja. Rezeki ayam, sedap je nampaknya ayam-ayam tu mematuk sampai habis.
Tapi daunnya selalunya berguna. Ada makcik2 yang suka memetiknya untuk dibuat jaram dikepala sekiranya ada yang demam. Beberapa helai daunnya akan diramas dalam air dan air dari ramasan ini akan disapukan dikepala anak/mereka yang demam. Biasanya akan dicampur juga dengan beberapa helai daun durian belanda juga. Cepat menurunkan panas badan kata mereka.
Ibuintan sendiri semasa kecil dulu setiap kali demam panas, arwah emak akan jaramkan kepala dengan air ramasan daun ini. Memang menyejukkan. Tapi kini untuk anak sendiri tak pernah pulak buat.... kalau anak demam selalunya tekap saja dahi mereka dengan tuala lembab, tak pun beli 'cool fever'. Mudah.




