Followers

Jumaat, 3 Jun 2011

Semoga dia tabah.

Petang semalam saya dan seorang rakan ke hospital Tunku Najihah, melawat seorang rakan guru yang sedang  melawan penyakitt kanser tahap empatnya.  Sodikin seorang guru muda yang masih bujang, telah disahkan mendapat kanser hidung sejak setahun lalu.  Sering berulang alik ke hospital menjalani rawatan.  Juga telah mendapatkan rawatan kimo di HUKM beberapa kali.


Semasa berbual dengan ibunya dihospital semalam, ibunya memberitahu Sodikin tiba-tiba telah pengsan di rumah mereka pada malam kelmarin.  Sehingga kedatangan kami petang semalam, Sodikin masih lagi belum sedarkan diri.  Telah cuba beberapa kali memanggil namanya namun tiada respon daripadanya.  Terasa sebak sangat melihat keadaannya. Semoga Allah akan mempermudahkan perjalanannya sekiranya umurnya tidak panjang lagi.  Terlalu sayu melihat keadaannya yang terlantar begitu.  Namun doa semoga dia diberi kesembuhan tetap dipanjatkan.

Sayu juga melihat kesayuan di wajah ibu dan ahli keluarganya yang lain.  Sebagai anak sulung tentunya dia menjadi harapan kedua ibu bapanya dan adik-adiknya juga yang ramai yang masih bersekolah.  Telah beberapa kali juga diadakan majlis bacaan Yassin untuknya di sekolah, mendoakan kesembuhan untuknya.


Semoga dia tabah menghadapi ujian yang berat ini.   Hanya mampu memanjatkan doa demi kesembuhan dan kesejahteraannya




Rabu, 1 Jun 2011

Tak ada rotan, buluh pun jadilah..

Selamat malam.  Alahai.. dah malam baru dapat mengadap blog.  Sibuknya.  Hari cuti pun sibuk ke? Ye, sibuk, sibuk dengan kerja lain pulak.


Pagi tadi hantar budak sorang ni buat rawatan mencuci gigi.  Tak sangka dah  ramai pelanggan yang menunggu..  Lama sungguh saya tidak berurusan dengan klinik pergigian kerajaan ni.  Banyak sungguh perbezaan yang dapat dilihat. Paling ketara dekorasi hiasan dalamannya.. cantik dan damai mata memandang.

Misi-misi yang bertugas di kaunter juga muda dan manis-manis belaka.  Kalau sapa yang sakit gigi, rasanya sebelum berjumpa doktor, dapat senyuman manis misi-misi ni hilang sebentar sakitnya. Lembut dan sopan.  Terima kasih atas layanan mesra yang diberikan

Kalau dulu-dulu rasa gerun saja bila berada di ruangan menunggu sebelum berjumpa doktor.  Nak jumpa doktor gigi lagilah gerun.  Tambahan bila terdengar bunyi-bunyian seolah bunyi gerudi yang menggerunkan sedang bekerja.  Kini suasana dah berbeza,  bilik rawatan yang serba baru, ekon yang menyejukkan badan,  dan yang penting, tiada lagi kedengaran dengan jelas bunyi mesin gerudi bekerja.  Aman dada.  Intan kata 'takde rasa takut, doktornya baik ..bu'.

Sebaik mendaftar Intan terus dipanggil untuk mendapatkan rawatan.  Rupanya bahagian dewasa dan kanak-kanak/pelajar berasingan.  Pelanggan dewasa yang ramai terpaksa menunggu no giliran dipanggil.




Sambil menunggu Intan mendapatkan rawatan, sempat mengambil gambar.  Ini ialah sudut yang mempamerkan peralatan lama yang telah digunakan.  Dah masuk kategori antik la ni.  Tengok kerusinya tu...




Dan yang pasti hiasan buluh dlam pasu macam ni mendominasi hampir semua sudut, ada lagi empat pasu hiasan begini.  Senang ... tebang buluh, kerat dan masukkan dalam pasu.  Ini di sudut masuk di ruangan kanak-kanak jadi di cabang rantingnya gantungkan hiasan yang sesuai dengan selera anak-anak... ada bola, anak patung, buah-buahan plastik dan sebagainya.



Senyum leba la tu, dapat majalah Koreanya.  Cita-cita besarnya nak belajar di Korea suatu hari nanti.

Pukul lima setengah petang pula menerima kehadiran adik ipar sekeluarga.  Sebab kehadiran tidak diberitahu hanya sempat menggoreng dan menjamu mereka dengan keropok yang dibeli di  Mersing saja.  Seronok juga melihat anak-anak  mereka berselera makan keropok bercicahkan sos keropok yang juga di beli di sana.  Bila dah makan beramai-ramai tak sedar habis dua balang besar... syukur,, puas hati, walau hanya itu rezeki yang dapat diberi kepada mereka.


//ada  ke pertalian darah antara tajuk dengan cerita ni.....