Memang betul seperti komen IM dalam entri semalam, abahintan memang pun tak perasan. Entri ucapan hari lahir itu ibuintan tulis malam menjelang tarikh 2hb Mac, masa itu abahintan sudah dibuai mimpi. Pagi semalam seperti selalunya, semasa bersalaman dan berlaga pipi (
Itulah abahintan, tentunya antara lelaki yang tidak berapa perasan antara tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka dan orang terdekatnya, kalau tarikh lahir sendiri dia
Bukan saja tarikh lahir, malah tarikh lain pun dia tak ambil kisah. Cubalah tanya bila tarikh kami berkahwin, jawapannya hanya senyum sumbing. Pernah terjadi semasa mengisi satu borang permohonan, dia mencatat tarikh lahir Azim sebagai tarikh kami berkahwin. Padahal kami sudah berkahwin lima tahun sebelum Azim lahir.
'Banyak benda lain abang nak ingat' jawapan skemanya setiap kali bila ditegur.
Tak tahulah betul-betul tak ingat atau sebab tak mahu ambil peduli. Anak remaja lelaki dua orang ni pun begitu juga, Along ucap selamat pada abahnya sewaktu abahnya balik kerja petang semalam, si Azim pula selepas makan malam bertanya,' ibu harini besday abah kan?, dah hujung 2hb baru teringat. Berbanding dengan si remaja perempuan sorang tu, Intan tengahari tadi sebaik habis waktu persekolahannya terus menelefon memberi ucapan selamat buat abahnya.
Rasanya lelaki menganggap tarikh2 ini sebagai benda remeh, tidak bermakna dan hanya sekadar nombor. Tidak perlu diberi perhatian. Memang pun tidak pernah membuat majlis khas bila tiba tarikh sebegini namun rasanya sebagai tanda ingatan, sebagai tanda kasih sayang dan sebagai tanda kita amat menghargai kehadirannya, tak salah kita menunjukkannya dengan memberi ucapan dan doa yang mulus secara nyata . Bukan bermakna di hari-hari biasa tiada doa yang mulus untuk mereka malah doa kepada insan-insan yang tersayang ini sentiasa berterusan.
'Along ingatlah, semua tarikh tu Along ingat' itu jawapan Along pula setiap kali diuji oleh adiknya, Intan.
Berbeza Intan yang hafal semua tarikh penting yang melibatkan ahli keluarganya dan dia juga biasanya menjadi perancang ... memilih dan menetapkan tempat makan dan menunya. Kami hanya meraikannya dengan makan bersama di luar. Intan merancang, kami bersetuju dan abahnya bayar... walaupun itu majlisnya...ketua tetap ketua, belanja tetap belanja, tak boleh engkar.. kali ini lambat sikit tunggu Intan balik bercuti minggu depan.
//abahintan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sudi menitipkan ucapan, harapan serta doa kesejahteraan buatnya sempena hari lahirnya semalam.
