Followers

Selasa, 26 November 2013

Pertemuan kembali

Hari Sabtu lepas ibuintan menghadiri dua majlis kenduri kahwin di dua tempat yang berlainan.  Majlis pertama di hotel Melang Inn, majlis resepsi perkahwinan anak seorang rakan guru yang baru bersara bulan Jun yang lepas.  Kalau dah tuan rumahnya seorang guru maka ramailah kelibat rakan guru yang hadir memenuhi jemputan tuan rumah.




 Tahniah kepada Kak Normah dan suaminya yang menerima menantu.  Pasangan ini ialah rakan rapat kepada suami ibuintan.


Dari Hotel Melang Inn ibuintan bersama dua orang rakan baik bertolak pula ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban untuk memenuhi jemputan seorang rakan guru juga.  Beliau juga ialah rakan sekelas ibuintan semasa di kelas menengah rendah dahulu, kami sekelas sehingga tingkatan tiga.  Di sini majlis menjadi pertemuan kembali dengan beberapa rakan lama sejak sekolah rendah yang sudah hampir 35 tahun tidak berjumpa.  Sayangnya ibuintan tiba agak lewat apabila ramai yang telah balik.  Hanya sempat berjumpa beberapa orang sahaja.


 Tahniah kepada Uji (berbaju pink) dan pasangan pengantin.  Uji bergambar bersama rakan sekelas sewaktu di sekolah rendah dan menengah dulu.  Sayang ibuintan tak dapat joint sekali sebab ibuintan sedang makan ketika mereka bergambar bersama pengantin ketika ini.

Bersama bff yang sering berkongsi kisah suka duka dan menangis ketawa bersama.  Moga persahabatan ini berpanjangan.  Tahniah Uji yang telah selamat menjadi mak mertua.  Jadi mak mertua yang baik ye baii!

.... kawan datang dan pergi tapi kawan sejati setia di saat susah dan senang kita.  Terima kasih kepada yang sudi berkawan dan menerima ibuintan sebagai kawan dengan seadanya...


Rombongan cik kiah belajar memasak.

Minggu pertama cuti sekolah akhir tahun telah berlalu.  Masih ada kerja yang melibatkan online yang belum selesai.  Hari Isnin lepas sebelah paginya semua menghadiri  LDP Penyebaran KSSR tahun 4 untuk tahun 2014 di makmal komputer sekolah.  Ibuintan membuat pembentangan untuk subjek Pendidikan Seni tahun 4 berdasarkan kursus yang telah dihadiri pada bulan Oktober lepas.  Semua guru yang telah menghadiri kursus KSSR bagi semua subjek tahun 4 diminta membuat pembentangan.  Tugasan tambahan yang diberi pada LDP tersebut ialah semua guru diminta mengisi eOperasi dan mengemaskini ePrestasi. Bab e e ni memang amat melecehkan.

Makan tengah hari disumbang oleh Cikgu Mohd Faizal kerana anaknya bekas pelajar sekolah ini telah berjaya mendapat 5A dalam UPSRnya yang lalu.

HAhaha... ini kes kelaparan terlampau, sempat tunjuk tulang dan pinggan  je ni! 

Selepas solat Zuhur mesyuarat penutup untuk unit kurikulum, ko kurikulum serta hal-ehwal murid pula dijalankan.  Mesyuarat penutup dan pembentangan untuk semua aktiviti yang telah dijalankan disepanjang tahun 2013.  Selesai sehingga hampir pukul empat petang.

Sebagai buah tangan setiap guru mendapat sebuah hamper setiap seorang sumbangan waris. 

Hari Selasa dan Khamis pula menolong guru pusat sumber.  Sementara hari Rabu ibuintan bersama geng-geng melepas tekanan merombong ke Kolej Komuniti Kuala Kelawang Jelebu. Merombong sambil belajar membuat kek kononnya.  Merasalah naik bas kolej komuniti yang datang menjemput dan mengambil kami secara percuma.  



Kami diajar membuat kek coklat moist dan kek keju.  Walaupun biasa  membuatnya terutama kek coklat moist tapi ibuintan seronok sebab dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang dah jarang berjumpa.  Kelas ni lebih kepada perjumpaan kawan lama sebenarnya.  Kami juga sudah merancang untuk meminta pihak kolej komuniti membuat bengkel masakan yang lain pula.  Bengkel yang bakal kami hadiri selepas ini ialah masak Nasi Arab pula. Kami hanya dikenakan bayaran sebanyak RM15 seorang.

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar dari Kolej komuniti (berjubah hitam)

.....Meriah kelas dewasa ini dengan gelak tawa. Merasalah juga makan roti panas dan burger bakar spesial hasil tangan pelatih-pelatih yang belajar di sana.  Hilang tekanan kerja bila berada dalam kelas yang semerbak harum bau roti dan kek. 

Isnin, 25 November 2013

Program Lima hari, hari terakhir bersama Pak Polisi - Bahagian Akhir.

Catatan Hari Kelima - 1 November 2013.

Program lima hari di hari terakhir ini dimulai dengan aktiviti wajib setiap pagi Jumaat iaitu bacaan Yassin di surau sekolah untuk semua murid yang beragama Islam beserta guru-guru sementara murid Anak Asli pula berada di dalam Pusat Sumber Sekolah membaca buku cerita. Majlis bacaan Yassin ini berlangsung sepanjang tahun di setiap pagi Jumaat.  Alhamdulillah.



Sarjan Mejar Mohd Satar dari Balai Polis Tanjung Ipoh sedang memberi ceramah dengan tajuk Jenayah Pelajar-pelajar Sekolah.  Macam-macam info dan peringatan yang diberikan beliau kepada anak-anak kecil ini agar menjauhi perkara yang boleh menjerumuskan mereka kearah jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang.  Ceramah beliau diselangselikan dengan soalan kuiz kepada semua murid.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang dirancang pada hari Isnin minggu berikutnya terpaksa ditunda kepada Hari Kanak-kanak kerana sekolah bercuti ganti pada hari Isnin 4hb sementara 5hb pula ialah cuti Awal Muharam.

... Ibuintan bersyukur dan sangat berterima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan membantu menjayakan Program lima hari ini.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan guru juga barisan pentadbir yang sangat-sangat memberi sokongan, bantuan dan kerjasama. "sepakat membawa berkat"



Program lima hari, terbalas penat yang dirasa - Bahagian Dua

** Selepas hampir tiga minggu berlalu baru pagi ni ada mood untuk menyambung catatan bahagian ke dua aktiviti minggu kesihatan dan keselamatan yang di adakan di sekolah.

Hari Keempat ... Khamis.

Paling dinantikan.  Tak cukup disekolah, difb pun kami bermesyuarat... risau jika yang dirancang tidak berjalan lancar. Seawal pagi senamrobik memulakan aktiviti di hari ke empat ini.

 . Semua murid terlibat.

Diterajui oleh Doktor Muda dan murid tahun enam. Senamrobik mengambil masa selama sejam, memang minggu mengeluarkan peluh juga  bagi setiap cikgu yang mengikuti semua aktiviti yang dijalankan. Sakit kaki selepas segmen jalan santai 1000 langkah pun tak hilang lagi.


Gimik yang dirancang... bolehla walaupun tak menjadi sepenuhnya. Kebakaran pada mulanya dirancang di dalam bilik ditingkat atas tapi keadaan angin ketika itu yang agak kuat menjadikan sabut yang dibakar  tidak mengeluarkan asap, api  menjadi marak dan terpaksa dipadam segera sebelum kebakaran benar-benarberlaku.


Loceng kecemasan atau loceng gila segera dibunyikan.  Semua warga sekolah diarahkan berkumpul di kawasan padang sekolah.


Jentera bomba beserta enam anggota pun sampai .



Anggota bomba ke lokasi kejadian.

Memadamkan api (kononnya la)

 Membawa mangsa  ke tempat yang selamat.  hahaha... berpeluh anggota bomba ni sebab mangsa berbadan besar .  Kami memilih seorang murid yang berbadan besar untuk dijadikan 'mangsa' atas cadangan pegawai bomba juga dengan alasan mangsa mudah dilihat semasa operasi menyelamat.

Mangsa di bawa ke tempat yang selamat dan seterusnya  doktor perubatan dari unit kecemasan pula mengambil tugas untuk memberi bantuan awal kepada mangsa. 

Selesai demontrasi  pelajar diberi penerangan ringkas tentang cara menyelamat yang telah dijalankan.





Jamuan ringan dan cenderahati diberikan sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh kedua agensi yang terlibat.

Terima kasih juga kepada dua orang wartawan akhbar Sinar yang sudi datang membuat 'liputan' dan menyiarkan 'berita kebakaran' ini dalam akhbar mereka.... edisi Melaka dan Negeri Sembilan.

Selepas rehat aktiviti diteruskan dengan ceramah, pameran dan kuiz terbuka yang dikendalikan oleh juru rawat dari Unit Promosi Jabatan Kesihatan Kuala Pilah.





.....Syukur aktiviti dirancang berjalan lancar. Nampak gayanya kena juga ada bahagian tiga untuk aktiviti hari kelima pula.



Sabtu, 16 November 2013

Bila makan bertingkek-tingkek... lemak pun berlipek-lipek.

Secara rasmi buku kedatangan murid untuk persekolahan sesi 2013 ditutup semalam. Tapi itu tidak bermakna buku kedatangan guru juga ditutup, buku kedatangan guru tiada tarikh tutupnya sentiasa terbuka sepanjang tahun.  Minggu depan kursus. Makanya percutian yang telah dirancang awal terpaksa ditunda. Bila anak-anak sudah mula keluar dari alam persekolahan maka mencari tarikh untuk bercuti juga menjadi rumit rupanya. Kalau dulu cuti sekolah sahaja, bila-bila masa saja boleh merancang percutian keluarga.  Tetapi kini bila Along dan Intan sudah belajar di IPT maka cuti mereka sudah tidak selari dengan cuti sekolah lagi.. tak bestnya!

Sepanjang minggu terakhir persekolahan ialah hari-hari menambah kalori yang 'bertingkek-tingkek'. Setiap hari ada jamuan kelas, makan free hari-hari. Makan makan dan makan, makin berkembang biaklah lemak yang sudah sedia ada sedangkan  usaha  untuk mengawal  pembiakannya langsung tiada.

Dimulai jamuan di Pra sekolah bersama ahli waris.



 Hari Isnin jamuan kelas tahun 2... rajinnya cikgu kelas ni masak, macam-macam ada..


Selasa. .. jamuan kelas tahun satu... cikgunya malas masak, ode saja.
 

Rabu.. jamuan kelas tahun tiga... nasi ayam spesel hasil tangan mak mertua cikgu kelas tahun tiga


Hari Khamis... hari anugerah kecemerlangan..  macam-macam ada sumbangan ibu bapa murid.

Jumaat .... hari terakhir.. jamuan tahun enam bersama meraikan GPK HEM yang akan bersara hujung tahun nanti..





Selamat bersara kepada Tn Hj Sulan...

.... Jadi kesimpulannya sepanjang minggu terakhir lepas adalah minggu 'letih lesu dek makan' selain letih dek menguruskan  majlis hari anugerah kecemerlangan murid..  Alhamdulillah..




Rabu, 13 November 2013

Percubaan pertama yang membuahkan hasil yang cemerlang.

Syukur Alhamdulillah... setelah puas menunggu akhirnya penantian pun terjawab. Khabar gembira diterima.  Sepucuk surat yang tebal dan bersaiz besar sampai ketangan ibuintan.  Khabar gembira yang diterima ialah 10 daripada 11 orang ahli Doktor Muda telah lulus dengan cemerlangnya dalam peperiksaan yang mereka duduki pada bulan Julai yang lalu.  Penat lelah sebagai guru pembimbing mereka terbalas rasanya. Paling menggembirkan hati ungkapan kurang manis oleh seorang pegawai atasan terhadap ahli kelab Doktor Muda ini yang dianggapnya anak-anak kampung dan hingusan terbukti tidak benar.  Pegawai berkenaan mempertikaikan ibuintan kerana menghantar calon yang ramai untuk menduduki peperiksaan tersebut dengan alasan mereka baharu menjadi ahli.

Terlebih membanggakan juga mereka mula mengenal Doktor Muda hanya setelah  sekolah mereka diarahkan menubuhkan Kelab Doktor Muda pada bulan Mac yang lalu. Selama empat bulan menjelang peperiksaan itu jugalah mereka yang baharu dilantik menjadi Doktor Muda ini dikenal dan dibimbing menjalankan aktiviti seperti yang dirancangkan dalam Modul yang disediakan.  Guru pembimbing dan ahli Doktor Muda sama-sama belajar dari asas... Modul yang dibekalkan menjadi rujukan utama.  Kami sama-sama belajar dan sama-sama mencari bahan di internet.

Inilah barisan Doktor Muda yang telah menduduki peperiksaan untuk layak mendapat Sijil Doktor Harapan.  Gambar ini diambil semasa mereka menunggu kenderaan Kementerian Kesihatan yang membawa mereka ke pusat peperiksaan di Pejabat Pendidikan K. Pilah pada bulan Julai yang lalu.  Hanya seorang daripada mereka yang gagal dalam peperiksaan yang pertama kali mereka duduki ini.



Terpaksa meminta izin untuk masuk ke dalam dewan untuk mengambil gambar mereka ketika sedang menjawab kertas soalan.  Gambar sebagai bahan bukti ketika membuat laporan aktiviti  tahunan. Calon terdiri daripada ahli kelab Doktor Muda daerah Kuala pilah.

Inilah sijil yang membuktikan kejayaan mereka.  Sijil-sijil beserta lencana Doktor Muda akan diserahkan kepada mereka ketika majlis Hari Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung pada pagi esok.  Bertandatangan dua orang Ketua Pengarah dari dua kementerian berbeza... hebat tu.

..... Alhamdulillah, moga anugerah Doktor Harapan ini akan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus belajar demi mencapai cita-cita sebenar mereka untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. In shaa Allah.





Selasa, 12 November 2013

Gangguan si manja nakal.


Meow2 ini juga antara penyumbang gangguan yang sering membantutkan usaha untuk berblog sekarang ini. Ditambah pula bebanan kerja akhir tahun yang banyak secara atas talian dengan capaian internet yang tenggelam timbul maka usaha untuk melayari blog semakin berkurangan.  



Si meow tiga beradik ini memang amat manja dengan ibuintan.  Mengekor saja ke mana ibuintan pergi.  Kalau solat pun beratur juga tepi sejadah.   Yang paling manja si ekor panjang yang terjuntai tu.


Pantang mengadap pc semua naik atas meja, lepas penat bermain terkejar2 satu rumah naik tidur atas meja juga.  Si emak pun sama.  Yang tidur di atas printer itu ialah emak meow tiga beradik ini.


Kalau ngadap laptop, atas laptop pulak landingnya.  Tapi masing-masing tak ada pulak yang berani mengadap abahintah, relak je abahintan sensorang mengadap laptopnya.  Tak ada gangguan langsung. 

Namun disebalik gangguan mereka, simeow ini   jugaklah si pengubat stress bila mengadap sistem online yang berpusing-pusing ligat dan sentiasa error memanjang tu. Hilang tensyen bila ada muka comel ni.  Ngadap sistem online arahan pihak atasan tu lama-lama boleh jamed kepala otak jadinya.  Nak masukkan markah sorang budak pun makan masa berjam malah kekadang langsung tak boleh masuk. Berhari-hari kerja sentiasa tertunggak.

.... Mohon maaf kepada semua rakan,  kesempatan singgah sekejap di laman kalian tidak mengizinkan ibuintan untuk meninggalkan jejak.  In shaa Allah, tidak sabar menunggu cuti panjang untuk bersenang lenang mengadap blog kembali.

Selasa, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah.

 Assalamualaikum.
 Salam Maal Hijrah untuk semua kenalan, muslimin dan muslimat serta semua yang dikasihi.  Semoga kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah swt, dapat memperbanyakkan lagi amalan yang baik untuk bekalan kita di alam yang kekal nanti.. Mohon Allah permudahkan segala urusan, tetapkan iman, murahkan rezeki, sihatkan tubuh badan agar dapat menambah amalan soleh serta diberi lindungan rahmatNya dunia dan akhirat. 

Amin... 


Ahad, 3 November 2013

Program lima hari, penatnya berhari-hari- Bahagian 1

Alhamdulillah selesai sudah.  Minggu lepas ibuintan bersama jawatankuasa kesihatan dan keselamatan sekolah telah menganjurkan Minggu Kesihatan dan Keselamatan selama lima hari bermula hari Isnin sehingga hari Jumaat.  Walaupun  lima hari sahaja tetapi merancang dan menguruskannya memakan masa lebih dua minggu.  Bermula dengan membuat kertas kerjanya diikuti surat menyurat sehingga ke perbincangan demi perbincangan  bersama agensi kerajaan yang dijemput. Pening jugak lah kepala dibuatnya.  Selalunya melibatkan aktiviti dalaman sahaja.  Program dijalankan sebaik saja semua murid selesai menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Aktiviti untuk mendapat dan menambah pengetahuan am.

Mesyuarat bersama wakil Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah serta wakil dari Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Berbincang tentang perjalanan aktiviti yang melibatkan dua agensi ini.


Banner yang ditempah.

Hari Pertama - Isnin 28 November.

  Pelancancaran program oleh puan guru besar.

Selepas pelancaran, aktiviti dikendalikan oleh Doktor Muda.



Deklamasi sajak "Dadah Pemusnah Bangsa dan Negara"

  Demonstrasi membuat sarapan ringkas.

 Pertandingan mewarna dan membuat poster Piramid Makanan.

Pertandingan membuat sancwich.

Hari Kedua - Selasa 29 November

  Dimulakan dengan senaman ringan atau memanaskan badan sebelum bermula aktiviti yang lebih lasak.

Jom jalan.. Jalan seribu langkah.  Seronok anak-anak bersama semua guru-guru berjalan santai masuk kampung.  Perjalanan lebih kurang 3km pergi dan balik.
 Perjalanan sehingga ke kawasan pondok pengawal kawasan empangan ini sahaja.  Demi aspek keselamatan orang awam tidak dibenarkan masuk.  Tambahan bawa anak-anak yang sedang agresif memang bahaya sangat dengan keadaan empangan yang tinggi dan dalam.  Cikgu2 yang merayu nak melawat berhampiran empangan juga tidak dilayan.  Bahaya.

Selepas rehat, program bersama Pegawai Agensi Anti Dadah Kuala Pilah. Ceramah yang diselangselikan soalan kuiz berkaitan dadah.

Hari ke tiga - 30 November

Perkhemahan 8.00 pagi hingga 5 petang.


Dua unit berunifom sahaja. Pengakap dan tunas puteri.
Walaupun sehari, khemah mesti dipasang juga... dah namanya perkhemahan kan.


Kawad kaki.... pun dimestikan.

Diselitkan dengan aktiviti bersama Kementerian Kesihatan..


 Demonstrasi CPR

 Demonstrasi Ikatan Anduh

Ikatan Gajet.




 Gotong-royong membersihkan dan menanam bunga di masjid kariah berhampiran sekolah.

Penutup aktiviti perkhemahan...  naik gondol pokok bunga di kawasan sekolah bila bunga-bunganya dipetik untuk buat hiasan khemah.   Padat aktiviti seharian mereka.

..... Minta maaflah ye. Ni memang kes lepas geram sangat ni, cadangnya nak buat entri tentang aktiviti minggu kesihatan dan keselamatan ni setiap hari tapi malangnya hampir setiap petang membawa ke malam sepanjang minggu lepas hujan turun di kampung ibuintan.  Bila dah hujan dijaminlah seratus peratus capaian internet akan terganggu.. kejap ado kojap ilang...  nak upload gambar memang tak kan lepas. Jadi hari ini internet agak mencanak-canak lajunya maka jadilah entri ini panjang menjela dengan gambar-gambar. Cadang nak buat entri untuk lima hari sekali jalan tapi tak sanggup lah.  Esok sambung lagi bahagian ke duanya.  Entri  ini lebih kepada catatan bergambar  untuk dijadikan sebagai rujukan untuk program pada tahun-tahun akan datang.