Followers

Jumaat, 30 April 2010

Beli belah menu petang dan malam.... rehat ke dapur

 
Selamat petang,
Baru balik dari hantar Intan kelas tusyen di Kuala  Pilah, singgah simpang Tanjung Ipoh membeli pisang goreng panas, Pisang goreng yang panas dan amat garing... semua anak-anak suka memakannya,  ada dua pilihan jenis pisang - pisang nangka dan nipah. Beli dua-dua sekali sebab lain-lain kesukaan, ibu dan abah intan suka pisang nagka manakala anak-anak pula pilih pisang nipah Sampai rumah terus jerang air, buat teh kaw untuk abah intan dan anak-anak pula teh o ais, dua tiga ketul sorang , licin......
Selesai menu sepetang, kejap lagi jemput intan lak, nanti jamin singgah pulak di pasar malam Jalan Melang, pasti beli pulak untuk makan malam, tak payah masak lagi... Hari ni Along balik dari asrama, mesti lah beli nasi ayam tu... tak boleh tidak, minggu lepas dah beli nasi dagang dan nasi kerabu... malam ni pun ada jemputan kenduri rumah kawan, mungkin abah intan saja yang pergi, so ibuintan tapau je la untuk anak-anak.
Wassallam...

1 ulasan:

Maiyah berkata...[Reply]

cecah ngan sambal pun sodap tu