Followers

Rabu, 6 Februari 2013

Apo kono eh jang!

Tak dapat ditolong, tak dapat dibantu
beradulah kau, Jang
moga ketemu mimpi yang indah.


Selasa, 5 Februari 2013

Tentang anak-anak istimewaku.

Alhamdulillah ...sakit pinggang ibuintan makin membaik.  Kalau semalam berjalan macam penguin, hari ni dah boleh berjalan macam biasa tapi sakitnya masih dirasai bila bangun dari duduk.  Syukur sangat tapi ibuintan masih bercuti lagi hari ni.  Tambah cuti sakit sehari lagi.  Pepagi lagi sudah ke klinik, ibuintan lebih awal sampai dari doktor.  Terpaksa pergi awal sebab dihantar oleh abahintan sebelum dia ke pejabat.  Nasib baik dapat nombor tiga, dalam sejam saja urusan pun selesai.


Di rumah tak mahu duduk lama-lama, doktor nasihatkan hari ni banyakkan buat pergerakkan.  Memang pun bila duduk lama sikit, bangun saja terasa sangat sakit, urat-urat menjadi tegang sangat.  Kena ejas dulu baik-baik baru boleh berjalan.  Namun syukur sangat... ianya tak berpanjangan.  Insya Allah esok akan kembali bertugas.  Risau memikirkan anak-anak murid tinggal lama tidak beribu.  Nanti banyak pula yang mereka ketinggallan. Rindu juga dengan keletah dan keriuhan mereka.






 Shahirah.... anak manis yang bijak dan peramah. Becok mulutnya berceloteh.  Pandai membaca dan tulisannya cantik dan kemas.  Sebagai   albino, Shahirah mempunyai masalah penglihatan.  Salah seorang anak-anak tahun satu yang manja. 

Indahnya menjadi guru tahun satu terutama guru kelas ialah masa yang banyak dan panjang dengan mereka, hubungan kami sangat rapat, mereka tidak segan silu bercerita tentang keluarga, malah selalunya berebut bercerita tanpa dipinta... awas kalau ada anak2 ditahun satu, simpan-simpan sikit rahsia daripada pengetahuan mereka takut nanti cerita rumahtangga sampai ke telinga cikgunya.  Telinga cikgu ni dah bermacam-macam cerita rumahtangga yang yang didengarinya, kekadang tak sanggup dengar pun ada. "Cikgu....cikgu....cikgu... malam tadi kannnnnnnn........." hahahaha .......sambung sendiri... PUN HADO! 

Moral of the storinya.... mereka bangga bercerita tentang keluarga mereka dengan cikgunya... tak kesah, asal ado crito.


Anak-anak yang lebih cakap dari buat kerja'

Anak-anak orang Asli yang hafal doa makan, doa sebelum belajar dan doa sebelum balik.  Pantang jumpa cikgu-cikgu beri salam dan berebut-rebut untuk bersalaman dan membawakan beg cikgu-cikgunya setiap pagi.  Tapi sayang minda mereka telah disetkan,"Islam ada dosa, ada dosa.... masuk neraka".  

"Kamu semua pandai baca doa, macam orang Islam, nanti kamu nak masuk Islam tak"

 "taknak cikgu.... Islam ada dosa, kalau ada dosa nanti masuk neraka"

"semua tak boleh makan cikgu.... susahlah, makan pun ada dosa"

Habis orang Asli macam mana. ......

 "tak ada ugama, tak adalah dosa"

Itu antara jawapan balas mereka yang sekarang berada di tahun eampat, tahun lepas ibuintan mengajar mereka subjek Pendidikan Moral.  Namun begitu ada juga beberapa orang dikalangan anak Orang Asli ni yang Islam sejak dilahirkan akibat kahwin campur antara ibu atau bapa mereka dengan orang Melayu.  Namun begitu, kami sentiasa mendoakan agar Allah membukakan pintu hati mereka suatu hari nanti untuk menerima Islam sebagai agama mereka.


... anak-anak  dilahirkan suci bersih, ibubapalah yang mencorakkan mereka... ..