Apa khabar semua? Moga semuanya sihat dan ceria hari ni. Mulakan tugasan anda walau di mana anda berada dengan senyuman dan senyumlah dengan penuh keikhlasan. Mungkin ada yang senyum pahit sebab kekeringan yang melampau.... nak buat camna kan, bak kata abahintan 'bukan setakat kemarau malah dah tandus' tapi sabarlah harapnya esok hujan lebat akan turun untuk menyuburkan 'poket' kembali. Penantian yang panjang.
Mee Hoon Bakso... kredit pada abahintan. Nilah sarapan kami sekeluarga pagi ni. Abahintan dengan gigihnya memasak mee hoon bakso ni, terima kasih my suami ... sedap bangat!. sok-sok buek lae yo! Ni lah antara faktor start entri ni suruh senyum lebar ni... senyum ado makno. Tapi senyuman tetap ikhlas tu. Senyum lebar abahintan sebelum ke pejabat tadi sebab semua memuji mee hoon baksonya sedap.
Sarapan pagi ni selain mee hoon bakso, ada juga apam yang dimakan bersama gula santan durian yang di masak petang semalam di rumah mak mertua. Pagi semalam selepas menerima sms daripada adik ipar (entri semalam) kami terus balik rumah mak. Sampai je di sana memang langkah kanan, semua telah siap di masak oleh adik ipar (Induk) dan seorang biras. Tugas ibuintan hanya menolong menating dan menghidang saja. Bila berkumpul reramai kami semua duduk bersila di atas tikar, makan sambil berborak-borak santai. Ada juga snap gambar tapi kaum wanitanya tidak lengkap menutup aurat jadi taklah sedap hati nak masukkan gambar tu di sini, taknaklah kongsi dosa aurat tu. Kita kongsi gambar makanan je la.
Selepas kenyang makan sebab cuaca panas dalam rumah, maklumlah rumah mak di kampung beratap zink maka bahang panasnya meruap-ruap dalam rumah walau kipas dah habis laju, kami berkumpul pulak bawah pokok rambutan... petik dan makan pulak buah rambutan.
Budak berdua ni yang banyak makan buah rambutan sebenarnya, yang mak-mak dah tak larat, dah kenyang....
Lebih kurang pukul dua stengah, kami masuk dapur semula. Ibuintan bersama biras membuat pula projek untuk minum petang. Kami mengukus apam untuk di makan bersama gula santan durian yang telah dibuat oleh biras ibuintan di awal paginya. Sebab tak jumpa talam yang sesuai, kami berdua mengukus apam dalam bekas plastik ni saja. Dapat lima bekas plastik untuk adunan sekg tepung.
Naik gebu apam ni walaupun diperap tak sampai setengah jam. Kemanisan apam ini dikurangkan kerana kami hanya tambah sedikit gula. Nak makan dengan gula santan durian... sah-sah dah sangat manis, tu yang apam tu dikurangkan gulanya.
Mewahnya menternak lemak... menu minum petang .. dah ada gula santan durian, nak jugak belah durian lagi. Ye la.... kan sekarang masih musim durian. Durian baru gugur tu dan durian sulung berbuah... kata tuannya , adik ipar juga (Ateh).... datang menjinjing empat biji durian. Rumahnya tidak jauh dari rumah mak mertua ibuintan. Tapi sebab semuanya hanya makan apam bersama gula santan durian maka durian tu tidak berusik. Isi durian tu akhirnya ibuintan masukkan dalam bekas dan bawa balik. Malam tadi dengan tambahan se biji durian lagi pemberian Ateh juga, semua isi durian ini telah selamat di buat tempoyak.







