!!!!!!!!!. ALASAN .!!!!!!!!!!
Isnin lepas, pemantauan oleh 6 orang pegawai dari PPD. Lusa pula dikhabarkan 9 orang lagi akan datang. Pegawai dari Jabatan Pelajaran pula. Pantau apa lagi la ni!! Maka ... mesti buat itu.... mesti buat ini......., nak fail itu....... nak fail ini.... tu dah siap?? ... yang tu dah ada??
Tak kisah, 'kita' bukan jenis tak buat kerja, jemputlah datang, amat dialu-alukan. Kita sama-sama yang menurut perintah. Dah tak heran setiap tahun dah alaminya. Buat apa peningkan kepala, stress lagilah taknak. Nanti tak pasal-pasal darah tinggi pulak. Sapa yang susah!! Sendiri jugak!
Mood; mutakhir ini jarang mengadap blog sebab sedang menolong kakak ipar menyiapkan langsir rumahnya.
Ada beberapa keping lagi yang masih belum siap, kesian pula sebab kakak ipar juga bekerja. Kakak ipar akan menerima menantu bulan Mei nanti. Sekadar menghulurkan bantuan untuk menjimatkan belanjanya daripada mengupahnya kepada orang lain.
