Cuti persekolahan seminggu telah bermula. Bermakna telah dua bulan setengah saya telah bertugas di sekolah baru. Sekolah di kampung sendiri. Makin jauh sikit dari sekolah sebelum ini. Bertambah 3km dan makin masuk ke dalam.. 'ke hulu'kata orang dulu-dulu. Persekitaran baru dan suasana juga baru.
Ini merupakan sekolah ke tiga saya sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam bidang perguruan. Sekolah yang makin kecil bilangan muridnya. Kalau sebelum ini di dua sekolah gred A gurunya ramai maka beban tugas juga berkurangan berbanding di sekolah kini yang mempunyai 18 orang guru saja. Tu sebab selain menjadi guru kelas saya juga mendapat tanggungjawab menguruskan 3 bilik khas. .
Sekolah ini baru mendapat dua blok bangunan yang siap tahun lepas. Ini menyebabkan semua guru kelas dan guru yang memegang bilik khas mempunyai banyak kerja tambahan. Banyak sangat rasanya.. banyak yang perlu diuruskan untuk setiap bilik khas selain bilik darjah sendiri. Dua blok bangunan baru ini lengkap dengan bilik-bilik khas untuk setiap subjek, sebahagiannya berhawa dingin. Memang beruntung murid-murid disekolah ini.. mereka belajar dalam suasana yang sungguh selesa
Sekolah saya yang baharu ini kategori gred C, murid-muridnya lebih kurang 150 orang dan satu pertiga daripadanya ialah murid-murid Asli dari perkampungan asli Langkap. Pertama kali mengajar anak-anak berketurunan orang Asli. Pengalaman baharu juga buat saya. Tahun ini saya menjadi guru kelas tahun dua. Murid-murid seramai 19orang dan 9 orang ialah murid asli. Hanya seorang saja murid Asli yang beragama Islam, yang lain tiada agama. Banyak cerita yang hendak dikongsi tentang mereka ini,... insyaallah akan dikongsi dalam catatan yang akan datang.
Ada beza tak? Melayu dan Asli?
21 ulasan:
salam ibu intan, sya sedang mencari sekolah yang ada kemudahan asrama untuk anak anak dara sya ada tak selain dari petasih? sbb info sya dapat sekolah tu tempat murid yg bermasalah..takut pulak sya nak hantar anak ke sekolah tu.
memang kebanyakan orang asli tiada agama, yg islam pun belum tentu cara hidup pun islam
bila cikgu sikit, mesti kerja pun bertindan-tindan. hehehe
sekarang asli dah moden....susah jugak nak bezo an...hahahah..!
Kalau ikut mata kakak comel juga budak-budak ini cikgu. Rasanya anak-anak ini kurang tak aktifnya berbanding budak sekolah bandar....
Cuma sedikit naif pihak cikgu kena kerah lebih sedikit tenaga dan usaha utk meninggikan tahap pemikiran mereka agaknya...
salam sya.. selain sekolah petasih tak ada sek rendah yg ada asrama, sekolah khas untuk budak asli ada la
betul tu, memang bertindan2 kerja.. nasib baik gb tak memberi tekanan
botul lah Long.. tak cam sangat dah, kecuali yg pempuan senang nak kenal sbb tak bertudung
betul kakzakie... mereka tak seaktif anak bandar, mereka cukup mendengar kata... senang diuruskan
ada juga anak asli ini lebih pandai dari anak melayu
syukur alhamdulillah cz akak dh serasi dgn sk baru.....lama dh akak mengajar n byk pngalaman yg akak ada....
sk sy skrg pn muridnya lbh kurg 270 org setelah dtg dr sk yg muridnya lebih 1000 org..mmg sgt2 brbeza n beban tugas pun makin bertambah...itulah satu rahmat buat kita sebenarnya krn kita dapat belajar banyak perkara yg sebelum ni kita tak ambil kisah...moga akak terus bersemangat di tempat baru......
lama tak jlan blog kwn2 akk dh pindah sek baru ke ..jauh tak dr sek lama..taniah slh seorang guru yang mencintai tugas dan kerjaya semuga beroleh keberkatan di dunia dan akhirat
Assalamualaikum IbuIntan:)
Tersenyum melihat wajah2 lembut anak2 di atas..memang tidak nampak perbezaannya..:)
Moga akak terus bersemangat dan happy di sekolah baru ini yaa..:):)
assalam ibuintan..semua budak2 tu nampak comel je.
cantik sekolah ibu...nmpk tenang n luas
salam , tk ada beza langsung lah kan ..seronoknya berhijarah ke tempat lain
assalamualaikum ibu...
sudah 23 tahun mengajar..pasti masak dgn selok belok pendidikan kan
Tak nampak pun bezanya, comel aje.
dari segi rupa takde beza.
Langkap tu kt mano ibuintan? ibuhani ni namo yo org Pilah tp x habis rayau Pilah lg!
betul za... walau dah lama dalam bidang ni, namun ditempat baru, masih ada juga perkara baru yg kita jumpa dan belajar
memang sentiasa bersemangat, insyaallah
dah tukar sek baru, jauh sikit dari sekolah lama sebenarnya.. tapi dalam kg sendiri
insyaallah tinie... moga semangat dan hepinya berterusan sampai pencen
Catat Ulasan