Followers

Rabu, 3 Ogos 2011

Bukan Jawa berbuka dengan nasi tradisi Jawa.


Jangan marah, ni edisi menunjuk Nasi Ambeng tapi versi beli.

Nasi ambeng ni dibeli di Bazar Ramadhan Mersing semalam untuk bekalan berbuka puasa.

Abahintan beli yang  lauk utamanya  ayam masak merah sementara untuk ibuintan ayam masak 'lada hitam'.

Lauk yang lainnya sama iaitu sambal goreng tempe, goreng sayur kacang panjang, serunding kelapa, sekor ikan masin bulu ayam, serta mehoon goreng.

Kami berbuka puasa di salah satu hentian kecil di laluan Muadzam - Bahau berhampiran Keratong, Pahang.

Berbuka dengan air kosong dan  nasi ambeng.....

Bolehlah.... komen abahintan yang festime makan nasi ambeng ni, tapi  dia rasa pelik sebab ada mehoon goreng sekali..... dan abahintan tolak me hoon goreng tu ke dalam bekas ibuintan.

Dan kedua-dua bekas akhirnya kosong tinggal tulang ayam saja.

Alhamdulillah.....

selamat sampai di rumah semula  sebelum pukul sepuluh malam.






 




Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat berpuasa.

 السلام عليكمSelamat bersua kembali, terlalu lama rasanya tidak bertanya khabar rakan semua.  Di harap semua sahabat sihat dan gembira bersama keluarga.  Saya dan keluarga, alhamdulillah semua diberiNya kesihatan yang baik.  Streamyx di rumah ini  yang sakit juga telah disembuhkan beberapa hari yang lepas, namun saya teruskan tidak berblog selama beberapa hari lagi kerana menguruskan beberapa hal lain yang perlu segera diselesaikan.

Hari ini satu Ramadhan, selamat berpuasa diucapkan kepada semua rakan blogger sekalian.  Semoga kita semua dapat menunaikan puasa kali ini dengan sebaiknya.  Semoga ibadah kita akan mendapat lebih  keberkatan dari Allah swt.

SELAMAT BERPUASA.