Selamat bercuti buat semua...dan selamat menyambut Deepavali buat Pn Kaliani dan Analetcumi. Teringat akan kesedapan dan kerangupan maruku buatan PN Kaliani.
************************************
Dah sarapan lom. Hari ni ibuintan nak buat entri sesi menunjuk-nunjuk. Macam bagus je kan... takde lah, hanya ini saja modal yang ada untuk hari ini sebelum bertolak ke Mersing kejap lagi.
Nasi lemak. Sarapan dipagi hari cuti mestilah buatan sendiri. Simple tapi agak berat, berat mata jugak kalau selepas makan ni duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti. Mesti mengantuk kan sebab 'amat berlemak'.
Ini pula nasi tomato hasil air tangan Intan. Semalam intan masih bercuti jadi dia membuat surprise dengan memasak nasi tomato. Sebelum ibuintan ke sekolah pagi semalam dia dah pesan' hari ni ibu jangan beli lauk, nanti intan nak masak'... dan hasilnya balik saja dari sekolah tengah hari semalam nasi tomato telah terhidang. Nasi tomato dengan ayam masak merah. Ayam masak merah yang sedap secukup rasanya cuma nasinya saja agak 'terlembik' sedikit. Ukuran air seperti biasa dia tanak nasi cuma Intan tidak ambil kira air dari pati tomato dalam tin yang digunakannya... tu yang nasi tu agak lembik sedikit. Namun cubaan pertama yang amat membanggakan. Terima kasih Intan.
31 ulasan:
Terbayang2 dimata sy bila maryam dah besar nanti dan masak sesuatu untuk saya.. tiba2 sy rasa sayu dlm hati. Mudah2han sy dipanjangkan umur untuk melalui saat2 itu.. dan saat2 lain yg berharga.. :D
percubaan yang baik pandai dah masak bertuah akak...
kemanakah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
pandai anak dara akak masak
seronok bila dapat puji anak ni kan kak?
seronok tengok air muka diorang bila di puji
sallam Ibuintan,
Seronok kan bila balik kerja ada anak yang hidangkan makanan untuk kita, walaupun keadan itu hanya terjadi sekali sekala saja..Alhamdulillah.
Selamat bercuti...
Seronok ya Intan balik..
:D
masa bercuti nilah memang kita berkelapangan untuk membuat projek makan2 yg heavy sikit...
memang berselera tengok nasi lemak dlm pinggan tuh..
nasi tomato dgn ayam masak merah memang kono kan kak?
pandai intan memasak,betuah ibu eah..:)
bestnya bila anak pompuan dah boleh masakkan ibunya kan...
Pandai intan masak........boleh hrp dah ye anak daro tu!
intan, cik ina salute, cik ina pun belum lagi pernah wat nasi tomato. mesti sedap tu.wah senanglah ibu kalau intan cuti, ringan skit bebankan.
Ibuintan,
Rajin Intan. Cuba lagi lain kali, InsyaAllah akan lebih baik.
alhamdulilah rajin anak dara akk intan semuga leya juga nanti dah besar rajin mcm kak intan...
berselera tgk menu tu
seronoknya bila anak pompuan dah besar...dah boleh masak...bertuah ibu..
insyaAllah zefa... sama2lah kita doakan saat itu, Maryam akan membesar sebagai seorang anak yg baik
Totie... ye, memang percubaan dan permulaan yg baik buatnya
Iman... komfom ke nasi tapi ada juga kuah yg tumpah ke lantai
dia minat sebenarnya
sya... betul tu walau ada sikit kesilapan tetap beri pujian sebagai pembakar dan memberi semangat kepadanya lagi
kakLL... iye memang seronok dan bangga, walau sesekali harapnya minatnya untuk memasak tak terhenti
ckLah... tkasih, hari ni ke sekolah semula cuti sehari je semalam
Sal... gitula kalau hari kerja kekadang sarapan pun kat luar kalau tak pun yg dibuat seringkas yg boleh
hari cuti memang buat sarapan yg berat, selalunya anak2 lapar saja duduk rumah ni
kaklong... intan minat masak tu sbb dia suka belajar sendiri
nasi tomato ni dia belajar hanya dengan melihat sambil menolong cikgunya masak untuk jamuan kelasnya
Nsunyi.... sesekali bila semangatnya tiba
ibuhani... iyo buleh dah, kalau ibunya malas bulehlah sesekali cuti masak
cik ina... samalah ibunya pun tak pernah lagi masak nasi tomato, dia belaja sendiri je tu
kekadang dia ambil resepi dr internet juga
Kak Ani.... ye kak, ni cubaan yg pertamanya, dia pun kata dia silap masa sukat air untuk nasi tu
harap itu tak mematahkan semangat memasaknya
ina... dia minat, akak pun dah ajak dan asuh dia ke dapur sejak sek rendah lagi
ina pun kena tanamkan minat memasak pada Leya... ajar yg senang2 dan asas je dulu
MP... besar dan remaja dah, sesekali menolong tapi berbaloi juga.. syukur sangat sebab minatnya ada ke situ
Wahh... akak bernasib baik.
Syabas Intan !
Ada kenalan saya bising sebab anaknya berumur 16 tahun tapi tak mahu turun ke dapur.
Mengadap hp & laptop aje kerjanya..
Kesian dia.
Agaknya masa cuti sekolah trend anak-dara mencuba resepi kan ibuintan. Kalau menjadi mesti kita pun suka.
Pandai intan masak. Lembik sikit kalau family kakak suka versi macam ini sebab kami tak suka nasi keras. Sebab itu kami selalu makan bubur hihi...
pandai anak dara akak masak....
Catat Ulasan