Followers

Khamis, 20 Oktober 2011

SAPS... dalam senang ada juga susahnya.

Segar dan dingin, itulah yang amat dirasai pagi ini setelah sepetangan semalam hujan turun dengan lebatnya.  Memang rasa amat segar... tidur juga amat lena malam tadi. Sesekali dapat tidur dengan lena amat puas rasa nya.  Sekarang semakin umur menginjak naik, ada masa-masa tertentu sukar untuk tidur dengan lena. Mata payah lelap, kalau dah tidur pun seringkali terjaga, lambat tidur namun awal pula terjaga.  Jarang sangat nak dapatkan tidur yang lena selama enam jam berterusan.  Tu yang dapat sesekali rasa puas sangat.  Bertenaga dan hilang segala kepenatan rasanya



.

Hari ini hari terakhir anak murid menduduki periksa akhir tahun.  Markah untuk subjek yang diajar juga telah selesai dimasukkan ke dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online untuk  kelas Arif. Malangnya data dan nama murid untuk  kelas Bestari telah tiada...  semua data telah hilang padahal nama dan data mereka telah didaftarkan sebelum ini.  Entah di mana silap dan entah siapa yang memadamkan data tersebut, boleh hilang pula. Data untuk kelas Bestari hilang selepas semua markah untuk ujian bulan Julai di key-in.

Nampaknya terpaksa meminta setiausaha peperiksaan dimendaftarkannya semula.  Menggangu betul, kalau tidak komfom selesai satu kerja.  Hanya tunggu semua guru subjek lain memasukkan markah dan tugas seterusnya hanya mencetak  dan mengedarkan slip keputusan kepada ibubapa.  Dalam kecanggihan kerja masih ada juga masalahnya yang timbul.

Disaat masih belum diserbu, masih laju untuk masuk dan  buat kerja, itu pula masalah yg dihadapi. Minggu hadapan bila hampir semua sekolah telah selesai menjalankan peperiksaan, bila semua guru mesti memasukkan markah, sudah tentu talian akan 'jammed' semula, seperti peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, markah hanya berjaya dimasukkan selepas pukul sebelas malam.. itupun setelah beberapa kali cuma log-in.  Tapi harapnya kali ini tiada masalah begitu lagi.


 Buat ibubapa yang tak sabar nak menengok markah anak2 mereka boleh pergi ke http://saps.moe.gov.my, 
itupun kalau cikgu2 anak kita dah masukkan markah lah, kalau belum.... buka lagi dan lagi...  kalau dah  tak sabar lah, kalau sabar yang seeloknya tunggulah anak bawak repotkad balik...


             Senang sangat cuma masukkan no sijil lahir anak atau ic anak.... semua dihujung jari saja.  Tapi kalau cikgu tu belum masukkan markah, janganlah marah kat cikgu anak kita pulak... tentu cikgu tu perlu ambil masa menanda dan memberi markah tu.   Tak pun macam masalah ibuintan di atas.. data murid hilang.  

Ikutkan semua cikgu nak cepat menyiapkan kerja2 berkaitan pemarkahan ini, .. cepat siap senang hati.  Hujung tahun berderet aktiviti dan majlis yang akan berlangsung.

Akktiviti sekolah ditempat ibuintan yang bakal berlangsung:

1.   khatam Al-Quran  untuk pelajar tahun enam.
2.   sukan sekolah

3.   majlis Qurban - tiga ekor lembu

4.  majlis anugerah kecemerlangan sekolah.

Semuanya dalam masa sebulan ni.  Sudah dua hari bermesyuarat tentang aktiviti yang bakal berlangsung, tengah hari nanti ada satu mesyuarat lagi.  Baru mesyuarat dah terasa penatnya.... empat xtvt dalam masa sebulan.






34 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

sistem tu mudah, tp mungkin sebab baru lagi jadi adalah masalah tertentu kan?
harap begitulah
sya suka sistem tu
boleh tengok keputusan anak anak tp , tak puas jugak tak tengok kertas diorang, sbb melalui kertas tu kita boleh buat rujukan

banyak qurban tu sampai 3 ekor
alhamdulillah


p/s tak jadi jiranlah kita ibuintan sbb enpakwe di tugaskan di ppk rompin tu.

kaklong berkata...[Reply]

kak,
sistem ni seluruh negara eh?

cik cek berkata...[Reply]

Senang je zaman la ni...maklumat cuma dihujung jari...cuma dalam senang pun ada payahnya jugak ek...ingatkan jalanraya je jam...talian internet pun sama gak...

masa zaman kita kekecik dulu...sume pun tunggu reportcard tunjuk kat mak ayah....:D

al-lavendari berkata...[Reply]

saya tak ada masalah langsung nak tidur .. kecuali dah terlepas masa tidur yang biasa.

kerja cikgu tak habis2 .. anak sulung saya cikgu. sabtu dan ahad pun kerja.

dulu minta ptd tak dapat.

azi berkata...[Reply]

Salam Ibuintan..
Sistem ni, kira semua orang boleh semak ye..?

ibuintan berkata...[Reply]

sya.. mungkin sebab baru diperkenalkan tu yg ada masalah lagi tu


suami sya di PPK rompin yg mana... pahang ke n.s

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... ye seluruh negara, baru diperkenalkan bulan Jun lepas


cubalah masuk tengok result anak

ibuintan berkata...[Reply]

cik cek... repotkad juga yg memuaskan hati mak bapak, dapat tengok keseluruhan sekali

ibuintan berkata...[Reply]

PakNgah... saya tak pernahnya mahu tidur awal, paling cepat pukul sebelas malam ..kalau masuk awal pun mata terkebil2 juga selalunya pukul dua belas malam


rezeki anak PakNgah ke cikgu juga tu, tu yg tak dapat ptd

ibuintan berkata...[Reply]

azi... rasanya macam tu la

tak tahulah sekolah sbp dan mrsm guna ni jugak atau tidak

CIKGU NAMAN berkata...[Reply]

ada jugak capture web SAPS masa pukul 1 pagi..beratus online..tu maknanya cikgu buat kerja sampai ke awal pagi..nak buat post tak terbuat-buat pun..hehe

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu naman.. tul tu, tak heran sbb waktu tu lah hingga dinihari kita dapat masukkan markah dengan lancar

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

mukin ringan sikit kerja cikgu
ibubapa mudah lihat keputusan anak2

Wassalam

Temuk berkata...[Reply]

Assalam. Para cikgu 'amat' mendidik, utk murid malahan masyarakat, melalui aktiviti wajib dan sunat mereka, yg tambah bertambah dan tidak pun putus-putus. Insya-Allah ada keredhaan dan ganjaran hebat dari-Nya.

Nuwairani berkata...[Reply]

cikgu2 di sekolah nani pon duk merungut pasal saps ni. bukan apa, kadang2 tu boleh hang tak tentu pasal..kadang2 dah key in markah, tetibe boleh hilang. mcm2 lagi la..tp yang menjadi mudah tu sebab ibubapa pon boleh semak markah anak2 masing2...tak perlu nak tanya cikgu2 lagi dah...

Azian Elias berkata...[Reply]

canggih betul sekarang ni. kalau dulu bersengkang bijik mata i.. jenuh tgk nombor.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..3 ekor lembu?meriah tu

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam Atuk....mudahnya tak payah kira mengira markah keseluruhan lagi, sukarnya sistem ni belum berapa lancar lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Pak Temuk... begitulah bila dah hujung tahun ni kan... banyak xtvt untuk meraikan murid2 pulak, p&p dah berkurangan

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

baru habis hari tu, dua minggu sambung balik..hu hu

ibuintan berkata...[Reply]

Aini ye.. camtulah kekadang pening dibuatnya, tu yg ramai terpaksa key in markah di tengah malam tu, lancar sikit kerja


stakat hang dan markah hilang perkara biasa ..kan, harapnya kali ni tak begitu lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,,, juling bijik mata, skarang dah kurang sikit... buat permulaan ni ada jugak lah masalahnya

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna... prancangannya gitulah.. syer sesama guru dan ajk pibg

ibuintan berkata...[Reply]

Iman... huhuhu nak buat camna kan.. buat mesti buat jugak

NzA berkata...[Reply]

sistem on9 ni kak, trkdg byk yg menyesakkan kita..kalau talian ok xpelh ttp kalau talian kt sk sy yg dh diambil alih dr schoolnet kpd TMnet mmg buat hilang sabar...nk2 kalau masa kemuncak pengunaan mmg hang lah jwbnya...LODING manjang brjam2....hu.hu.hu....
after depavali daerah muar br exam n lepas tu byk program menanti...hu.hu.hu...

MulutPayau berkata...[Reply]

legakan bila dah masukkan markah...tempat saya priksa akhir tahun mula slepas dpvali.....biasanya selepas pukul 12 malam baru boleh masukkan mrkah...

Ibuhani berkata...[Reply]

SAPS tu utk semua sekolah ye....nanti nak cubalah bukak. TQ for info psl ni, ibuintan!

Ibu Yusuf Maryam berkata...[Reply]

Paling berpuas hati bila dpt bersemuka dgn cikgu sendiri.. tahu tentang keputusan dan juga perkembangan anak.. :D

Ps: sy baru tahu sebenarnya tntang sistem ni.. nanti bolehla cuba intai keputusan yusuf di ditu..

Tkasih tak terhingga buat semua guru2

azieazah berkata...[Reply]

Acara sambutan Hari Kanak-Kanak tak masuk sekali ker...

Makin nak cuti, cikgu cikgu makin kalut. Kesian...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

SAPS program dari Perak. Sudah 2 tahun kami aplikasikan. Mula-mula dulu lagi teruk...rasa nak bakor je.

Sekarang, kena guna dua-du sistem. ISIS (untuk backup)dan SAPS ni. Lagi bertambah koje sebenornye...SAPS, kalau masa musim key in markah memang jam!

kasihibu berkata...[Reply]

ppk rompin n9 kak. sya sedang google senarai sekolah di negeri sembilan, sekolah integrasi, tp tak adalah, sekolah menengah aada hurmm.....

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan,

Sebok yer.

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau jumpa cikgu lagi best boleh borak2 tentang anak.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak.

Canggih betul sekarang ni..
semua boleh. ;o)