Followers

Rabu, 5 Oktober 2011

Pagi yang dingin tapi panas.




           Pukul 9 setengah pagi tadi dikejutkan dengan jeritan siren bomba dan deringan loceng yang panjang (loceng gila, kata bebudak)   Semua bergegas keluar meninggalkan bangunan sekolah dan berhimpun di padang sekolah.  Semua sekali tiada terkecuali... rupanya latihan kebakaran.   Ahli bomba memberi penerangan tentang cara-cara memadam dan mengawal api sekiranya berlaku kebakaran.  Membuat beberapa demonstrasi memadam api menggunakan pemadam api yang dibawa. 


Selepas rehat, hati pulak yang panas.  Sesi soalsiasat tiga gadis genit di atas pula, kes mencuri duit jualan di kantin sekolah.   Yang menyoal siasat guru kelasnya tapi spontan hati guru lain pun panas sama.  Sakit je hati nengok muka sposen mereka, sakit hati sebab dah beberapa kali kes 'panjang tangan'  ini berlaku.  Sebelum ini kes mencuri barang kemas di rumah jiran, ambil  telefon bimbit  jiran dan ambil duit rakan sekelas.  Salah seorang daripada mereka di atas dah pernah dibawa ke balai polis... dah pernah diberi kaunseling oleh polis,  namun masih tak jeran dan tak menyesal.


Apalah nak jadi dengan mereka, anak-anak bangsa sendiri.  Masih berhingus namun makin sukar dididik dan dibentuk.   Makin sukar membentuk mereka, nampaknya makin sukar cabaran ibu bapa dan guru-guru masa kini.  Kenapalah begini jadinya!   Aduhaaiiii....



19 ulasan:

ahmad humairi berkata...[Reply]

tak yanh nak dimerahkan uka mere tu.....biar seluruh dunia tengok, baru padan muka!..hehe

azieazah berkata...[Reply]

Kalu dah banyak kali ada kes, kenapa mak bapak depa tak dipanggil sekali?

MulutPayau berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan....

Kat skolah saya pun mcm ni jugak...sekolah rendah, tapi macam2 masalah dsiplin yg dilakukan.....mmng cabaran betul...

kaklong berkata...[Reply]

mak bapak tak ambik peduli la tu...!
buat anak jer pandai!(maaf agak kasar)

ibundo berkata...[Reply]

memanng sojuk memang paneh. Sojuk paneh sojuk paneh cikgu pun boleh explode.

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Humairi... tk merah kan, kita pulak dapat kad merah kang


lawa2 dan manis orangnya tu cikgu... tapi perangai menyakitkan ati

ibuintan berkata...[Reply]

Azie... dah pernah dipanggil, setiap kali mereka buat kes memang penjaga mereka kena panggil...

adatlah ada yg datang ada yg tidak... kalau datang pulak pihak sekolah lak kena, mereka lebih percayakan anak mereka


ni dah berulang kembali, sure mereka ta kan datang

ibuintan berkata...[Reply]

MP... tu lah kan, sek rendah pun disiplin dah tak terkawal juga sekarang


macam2 kes dah berlaku, dah ambil tindakan pun mereka masih tak takut,
entahlah makin mencabar rasanya dunia pendidikan skarang ni

ibuintan berkata...[Reply]

kakLong... memang kasar bunyi ea tu tapi botul cakap kaklOng tu, mak dua orang murid tu memang jenis lepas tangan

bukan dia saja bermasalah, adik beradiknya yg lain pun sama juga. ada saja masalah mereka buat

ibuintan berkata...[Reply]

kakPah... memang, tu sobab cikgu dah ghamai yang ada kad hijau.. check tekanan darah setiap bulan

nak buek camno... tahan yo la

Akak Kembang berkata...[Reply]

Ya!Allah..mintak2 dijauhkan dr anak2 Alin...

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..pompuan tu..kecik2 lagi dah pandai panjang tangan ye..

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

bukan salah dorang.Insyallah kalau kita didik dari kecik tak jadi cam tu. dah jadi buluh cam mana.budak cam ni kita boleh nak marah, kena cakap cara elok, lagi kita marah lagi dorang keras.

al-lavendari berkata...[Reply]

menjadi risau pula saya mengenangkan masa depan bangsa kita kalau di sekolah lagi sudah begini perangai mereka.

yang menyedapkan hati sikit, bilangan mereka adalah kecil sahaja. namun tetap merisaukan juga.

Kak Amy berkata...[Reply]

ish awat jadi lagu tue , mak pak kena la amik tau jangan main lepas tangan je..adoi la

gadisBunga™ berkata...[Reply]

ya Allah...kecewa saya baca!

sal berkata...[Reply]

aduhai...

harap2 mereka akan sedar juga akan kesilapan mrk..

harap2 mrk juga sedar bhw ibu bapa mereka menaruh harapan yg tinggi nak tengok anak2nya jadi baik dan berbudi pekerti..amin

farmys berkata...[Reply]

takut pun ada. mcm mana sok anak saya.

kadang-kadang mereka terikut-ikut dengan kawan.

mak bapak tak amik peduli dan mungkin mereka sukar nak dapat duit dari mak bapak.

dan ada kemungkinan ni satu hobi. rasa puas bila dah amik free..

IMANSHAH berkata...[Reply]

ibu buang jelag gambar budak2 tu..entah2 esok ada plak jadi isu..

jangan marah ye