Anak-anak tahun 1 Bestari sedang tekun menjawab Bahan Ujian Kemajuan Tahap 1 (BUKTI) Bahasa Melayu.
Yang tak tahannya bila tahun satu periksa, lepas sorang sorang akan datang ke depan bertanya.... walau dah diberi penerangan berkali kali. memang perlu sabar tahap satu kalau tak dilayan, sah kertas kosong yang akan dikembalikan semula.
Yang tak tahannya bila tahun satu periksa, lepas sorang sorang akan datang ke depan bertanya.... walau dah diberi penerangan berkali kali. memang perlu sabar tahap satu kalau tak dilayan, sah kertas kosong yang akan dikembalikan semula.
"Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh".
Musim peperiksaan akhir tahun kini bermula. Subuh tadi, Intan menelefon memberitahu dia mula periksa hari ini, dia mohon doa ibu dan abahnya agar dia dapat menjawab dengan baik dan lancar. Intan juga memohon maaf atas salah dan silapnya. Mohon dihalalkan semuanya. Begitulah dia setiap kali akan menduduki peperiksaan. Tak kira periksa kecil atau besar.Sayu pulak mendengar suaranya dihujung talian.
Sebagai ibu, tiada salah dan dosa mereka rasanya, setiap hari setiap kali solat dan sebelum tidur saya sentiasa mendoakan dan meminta agar Allah mengampunkan mereka. Mendoakan dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat mereka. Menghalalkan dan meredhakan semua yang diberi kepada mereka. Moga ganjaran yang baik serta berkat dikurniakan kepada mereka... anak-anak sendiri dan anak-anak murid yang diajar.
//semoga anak-anak ibu yang sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dapat menjawab dengan tenang dan mudah. InsyaAllah,,... Along, Intan dan Adik Azim, ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu, ibu sayang kamu
12 ulasan:
samo2 lah kito doa kan kejayaan anak2 kan kak?insyallah!
Bila ibuintan kata macam itu hati kakak pun jadi sayu. Dah sama-sama jadi mak beginilah ibuintan. Sungguh doa kita bukan setakat selepas solat tapi sepanjang hayat selagi ingatan terdetik itulah doa dipanjat.
Moga anak-anak kita semuanya berjaya hendaknya.
Bila lihat gambar nie teringat pulak zaman amy menduduki peperiksaan dulu. waktu peperiksaan la yang paling mencabar sekali.. sepnuh perhatian harus di berikan untuk peroleh kejayaan...
Salam saya pun sdg mengawas ni
assalamualaikum ibu...
mereka yang sekecil darjah satu masih tidak mengerti apa itu peperiksaan kan....huhuhu
semoga calon2 SPM tahun ini akan hadapi peperiksaan mereka dengan cemerlang...
1st time saya dengar nama kertas Bahan Ujian...hehehehe..
Daerah Muar pula exam ditunda selepas Deepavali......
Terlalu berbeza kak zaman sy baru posting dgn anak2 murid skrg...dulu mrk tahu brdikari sejak thn 1 ttp skrg berbeza dan situasi ini brlaku dimana2...
cikgu bukan lagi boleh jadi Fasi w.pn masa exam...trkdg trdengar juga suara2 guru thn 1 trpaksa membaca arahan satu persatu..itupun masih ada kertas yg kosong dihantar..
Semoga anak2 akak perolehi kecemerlangan.....amin.
Ibuintan..namanya pun tahun 1 kan..sabo je la cik gunya ye..
semoga anak2 kita berjaya dalam peperiksaannya..
"Tuhan kami, kurniakan kepada kami suami/ isteri dan zuriat yang menjadi penyejuk mata kami dan semoga kami menjadi imam (pemimpin) kepada orang2 yang bertaqwa..."
insya-Allah anak2 kita akan cemerlang dunia akhirat jika berasal dari keluarga yang cemerlang.
cemerlang juga bukan diukur melalui sijil/ kerja/ harta semata2.
ibu , cik ina yang bacanya pun sayu .intan anak yang baik. semoga adik-adik kita lulus dalam peperiksaan yang dorang ambik.
Nana pun tgh xm ni........smoga anak2 kita memperolehi kejayaan.....insyaallah!
assalamualaikum kak...
aleya yg tadika pun dh hbs periksa suka sgt dapat A+ utk semua mata pelajaran..alhamdulilah...
Catat Ulasan