Gara-gara susu 1Malaysia yang diberikan percuma kepada setiap murid pagi tadi, maka menjelang pukul sepuluh pagi murid-murid mula mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Keadaan menjadi makin kecoh, bila seorang lepas seorang mengadu perkara yang sama. Sakit perut dan muntah, mereka muntah beberapa kali. Keadaan ini menyebabkan keadaan sekolah menjadi agak kelam kabut.
Mula-mula pihak sekolah hanya meminta murid-murid yang terbabit berehat di bilik rawatan saja. Sapu minyak angin saja. Namun akhirnya keadaan menjadi makin tidak terkawal bila semakin ramai yang mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Pihak sekolah akhirnya terpaksa memaklumkan kepada PPD dan jabatan kesihatan.
Beberapa orang pegawai perubatan beserta tiga buah ambulan telah dikejarkan ke sekolah. Rawatan kecemasan diberikan, namun memandangkan keadaan yang tidak terkawal akhirnya kesemua murid seramai 40 orang yang terbabit telah dihantar ke hospital.
Meratap melolong anak-anak sebab taknak dihantar ke hospital. Merasalah mereka naik ambulans pagi tadi. Susu percuma 1Malaysia ini diterima pada hari Rabu yang lepas, dan setiap murid diberikan sekotak seorang. Tarikh luput yang tertulis dikotak ialah pada bulan Januari 2012 nanti. Mungkin ada antara susu tersebut yang telah tercemar dan menyebabkan keracunan makanan kepada mereka yang telah meminumnya.
Dua orang pegawai dari PPD K.Pilah juga turut datang memantau keadaan dan melihatkan keadaan sedemikian pegawai tersebut telah meminta kesemua susu yang masih belum diminum dikutip semula. Pegawai berkenaan juga telah meminta semua sekolah di daerah Kuala Pilah untuk memberhentikan segera pemberian susu percuma yang masih dalam simpanan sekolah.
// setiap guru juga menerima sekotak seorang, dan ada juga yang mengadu perut mereka rasa tidak selesa selepas meminum susu tersebut.
21 ulasan:
assalam ibuintan..rasanya bukan kali pertama ni kan..ada jugak sekolah dinegeri lain yang dah pernah terjadi macam ni.. rasanya pernah tengok berita ditv.
boleh bayangkan keriuhan suara anak2
bukan semuanya berani kehospital..
saya masa sekolah dulu pun penah kena
Aalahai, pembekal ni xambil ikhtibar dr susu RMT yg ditarik pengeluarannya cz ramai murid yg keracunan bbrapa thn lepas.....sk sy blm terima lagi susu nie...
moga murid2 akak dh ok.....
masuk sokobar tak kak?
selalu ea masuk kan?
ni melibat an ghamai murid...dah lamo tak do donga cito kono keracunan air kotak 1malaysia ni...
Assalamualaikum..
Moga semua pelajar tu sihat semula..
ya Allah kesianya dengan budak2 ni..susu tu dah xpired ker??/
Ini bukan kes pertama kali dan bukan lagi kes terpencil.
Program ini patut dikaji semula.
kakerna... dah banyak kali kes macam ni berlaku di negeri lain, namun sentiasa berulang juga
memang mereka menangis2 sebab tak mau ke hospital... takut kena enjek
Iman.. ada pengalaman jugaklah kan, maknanya masalah itu sentiasa berulang
Nza... tu la pasal, entah di mana silapnya
harapnya mereka dah okey sekarang ni
kaklong... ontahla, kok masuk pun sokobar sok pagi
Mualaikumsalam Ustaz... harapnya begitulah, moga mereka sudah sihat semula
Totie... lum lagi, expirednya bulan januari tahun depan, entahlah mana silapnya
azie... betul tu patut dikaji sepenuhnya semula
jangan ada kes yg lebih teruk berlaku nanti baru nak bertindak kan
Harus bertindak sebelum ada yang melibatkan nyawa.
Kesian anak-anak tu...
betul kakzai... dah banyak kes macam ni, takut melibatkan nyawa pulak nanti
lagi susahkan
ckLah tak berbaloi dengan sekotak susu yg mereka minum tu
Salam, ibuintan. Kesiannya anak2 tu, sedih tengok mereka bergelimpangan menahan sakit perut. Semoga mereka cepat2 sembuh......
selamat berhujung minggu ibuintan
ini bukan kes pertama, masa ayu sekolah tahun 89. kawan ayu masuk hopsital gara2 cirit birit.. minum susu kotak disekolah.. serius banyak ulat didalamnya. saya yang saksikan..
Sekolah anak kakak tak ada pulak dapat susu free ini. tak apalah kalau macam itu kan..
Catat Ulasan