Jom kita nantikan sama-sama
Apakah ada berita yang akan menggembirakan kita
Banyak orang kata....
ada berita gembira
Entah berita apa dan entah untuk siapa
Harap-harap benarlah bagai diduga
Bolehlah kita senyum sampai ke telinga
Janganlah hanya sekadar propa
yang besar kenyang yang kecil terngangga
Yang di pejabat boleh tengok dan dengar sambil buat kerja
Yang di rumah boleh golek-golek , boleh berbuat apa saja
jangan lupa sediakan sepinggan cekodok atau lempeng biasa
dan seteko kopi O kurang gula.
18 ulasan:
rasanyer mender sama, kak. ader bonus or saguhati n esok g pasar rega barang dah naek...gitulah
Sudah kurang keterujaan itu. Tiada yang istimewa lagi.
Sama-sama kita nanti.
harap jangan ada udang disebalik mee eh,batu laaa....
*sodap apo mee buh udang...~hehehe~
SALAM,
MACAM2 KHABAR YG DIDENGAR ! KITA TUNGGU SAJELAH PTG INI ! LF PUN TAK KE MANA2 ! MINAT JUGA NAK TAHU WALAUPUN DAH JADI ORANG PENCEN NI !
khabaran nan indah2 kutttttttt...
tapi..tak dek laa nak excited sgt..heheh...;)
Pe2..moga Ibuintan sihat2 di sana yaaa;)
akuzie... betul tu, yang penting kawalan harga barang oleh pihak kerajaan kan
dapat bonus sekali je tapi beli barang hari2
Azie.. rasanya yg paling teruja ialah pihak peniaga, umum saja kenaikan sikit mulalah harga barang naik mendadak
semua dah rancang tu nak naikkan rega apa pulak
kita tetap jugak yg terpaksa ... terpaksa beli sbb dah keperluan utama
kaklong... mee udang best, lae banyak udang lae best
mee rojak pilah xdo udang kan!
Dato LF... saya selalunya tak pernah nunggu pun, dengar2 gitu saja melalui radio sambil buat kerja rumah sbb biasanya mengambil masa yg panjang
selalunya tonton berita utama saja selepas itu
Tinie... harapnya adalah yg indah untuk kita penjawat awam, tapi kalau harga barang melambung selepas sedikit insentif yg kita dapat, rasanya tak berbaloi jugak kan
moga ada perkhabaran yg indah terutama kpd golongan miskin dan tiada berpendapatan tetap
alhamdulillah... akak sihat di sini, moga Tinie juga sihat di san
Selalu pusing-pusing, kenen sana kenen sini yg beruntung mereka juga ibuintan... yg susahnya tetap pada rakyat juga walau tak banyak sikit pasti tempias yg -ve tetap ada disebalik +ve yg diberikan....
Kita tunggu ye!!
ayu perniaga makanan pun nak tahu gak... kita tunggu sama2....
ibuintan, lama tak dengar khabar intan..dia dah ambil ezam hujung tahun ker?
rasa mcm dh mls nk dgr hbs2 sgt esk beli surat khbar je...
betul tu kakzakie... tak dapat nak memuaskan semua pihak kan
Ayu... kalau harga barang naik, ayu terasa jugak kan sbb setiap hari perlu beli barang keperluan dapur dengan banyak
intan.. sihat, dua minggu lagi baru dia exam
akak pun macam tu jugak, akak akan dengar berita je petang nanti... panjang sangat pembentangan tu
entahlah kak, sukar nk dinyatakan..suami sy org kuat cuepecs, jenuh naik turun p bincang...
sama gak dgn beban guru, bria2 janji nk kurgkan n siap wartakn ttp hampeh....
Ibuntan..dah beberapa tahun dah belanjawan ni..tidak mengujakan buat kita semua..betul tak
Catat Ulasan