Followers

Selasa, 25 Oktober 2011

first time in my life - STAR of Paroi

 Ini kisah hari Sabtu malam Ahad yang lalu, namun  tiada kesempatan untuk menulis cerita tentangnya.  Kisah kali pertama dalam hidup.  First time jejak kaki masuk stadium menonton bola sepak.  Rasa lain macam pulak bila mula masuk stadium tu... hahaha makcik nengok bola kau.  Tapi bila dah masuk dalam stadium baru tau rupanya banyak makcik2 malah baya uwan2 pun ado yang datang, siap pakai baju 'kuning' pulak tu.   Hilang malu-malu kucing den.

 Demi memenuhi permintaan seorang anak gadis remaja yang berusaha memujuk ibu dan abahnya sejak pagi, maka  ibu dan abahnya dengan berat hati terpaksa akur dan kalah jua.  Intan sejak pagi beusaha keras memujuk, terutama memujuk abahnya... merayu-rayu sangat.  Entah kenapa kali ini semangatnya berkobar-kobar sungguh, alasan utamanya 'nak nengok dan merasai suasana' yang selama ini hanya didengarnya daripada mulut sepupunya saja.  Sebaik abahnya berkata 'okey'  dia menjerit kegembiraan.  Seronok sangat dia dapat menyaksikan secara live Semi-final NS dan T-Team.


        bersama sepupunya yang tidak pernah miss ke stadium setiap kali melibatkan perlawanan pasukan negeri sembilan.



Memang meriah, STAR of Paroi memang dikuasai sepenuhnya oleh para penyokong NS.  Gegak gempita dengan bunyi gendang, trumpet dan sorakan penyokong.  Macam-macam aksi dan nyanyian dapat didengar.  Gelihati pun ada melihat aksi penyokong yang berbagai terutama gelagat peminat yang terlalu fanatik.  Yang penting intan gembira akhirnya. 


Hujung minggu ni harapnya ada rezeki pasukan "hobin Jang' untuk  bergelar juara Piala Malaysia .  Nak pergi ke Stadium Shah Alam ... tak mungkin...... kami akan menonton di skrin tv di rumah saja.












20 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun tengok kat rumah je dengan anak2 walaupun stadium tu sepelaungan sahaja dari rumah saya.

tapi selepas selesai perlawanan itu, semasa saya nak tidur, terdengar bunyai hon kereta tak berhenti2 di jalan di belakang rumah saya menghala kuala pilah. agaknya termasuklah kereta ibu intan sekali.

nurmisnan berkata...[Reply]

puas hatikan dpt tgk bola secara live.. mesti terjerit2 masa bola nak masuk GOLLLLLL!!!

kaklong berkata...[Reply]

kak,memang best klu dok tengok kek stadium..kaklong ponah ngaso sekali,maso tu final n9 vs perak..tapi kalah..


yang ni donga cito rogo tiket kan main mahal..rm50..ramai yang boikot...dah la buek kek stadium shah alam...terbantut hajat kaklong anak beranak nak poie!

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Wah semangat betul sekeluarga berpakaian kuning. :)

kasihibu berkata...[Reply]

Seronok tengok bola dkt stadium
sya suka
lain semangat dia kan kak?

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha PakNgah... memang sepanjang jalan balik kebanyakan kereta penyokong yg berkonvoi membunyikan hon dan trumpet terkecuali kereta ibuintan


kereta kami sopan je semasa lalu belakang rumah PakNgah tu, tak berani nak buat bising takut mengganggu PakNgah tidor

ibuintan berkata...[Reply]

Nur... memang puas hati, seronok rupanya boleh menjerit sesukahati.. kalau tensen boleh lepaskan kat sana skali

Nuwairani berkata...[Reply]

dulu kite pernah praktikum di smkpz. dekat je dengan stadium paroi ni. kalau musim ada match bola, memang jem jalan. aduh...tapi yang bestnya setiap minggu kite gi sana swimming...murah je bayar

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong... tu la mahal bona, kek shah alam lak tu kan


anak2 bujang akk pun besungut takpek poe

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik... sekeluarga tu keluarga adik ipar memang peminat dan penyokong fanatik pasukan ns tu

ibuintan berkata...[Reply]

sya... tu lah memang naik semangat jadinya, lepas ni boleh la pergi sekali sekala lagi

ibuintan berkata...[Reply]

ani... jalan jem tu yg tak sanggup tu, memang jem habis, setengah jam baru dapat keluar dari parking


ssekali boleh la kan

Dr K berkata...[Reply]

cayo lah IbuIntan...

den teringin nak poie Shah Alam...tapi raso raso nyo den tgk kek tibi ajo lah...

Hoben Jang Hoben..

ekekekeke

ibuintan berkata...[Reply]

doc.. wa caya lu too


poe la doc, sokong Hobin Jang Hobin, bori sokongan bia ponyu tu tewas di tangan ujang

NzA berkata...[Reply]

sy pun xpernah jejak kaki ke stadium utk tonton prlwnan bola sepak kak...kalau setakat pergi ekspo kt stadium adalah....he.he.he...mesti meriahkan....

ibuintan berkata...[Reply]

Nza... ni akk pengalaman pertama jugalah ni, memang meriah sungguh.. tambahan NS menang pula... lagilah gamat stadium

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Seronok juga kan, sekali-sekala masuk stadium tengok perlawanan bola. Kak belum pernah pegi stadium semata2 nak tengok bola. Mesti gamat kan, hehehe.....

sal berkata...[Reply]

sesekALI layan ayahnya..anaknya tonton bola..

terASA HILANG stress tengok penonton terjerit2 tengok bola..huhu

Acik Erna berkata...[Reply]

waaa..ibuintan masuk stadium..mesti riuh rondah tu kan..tapi tak pe yang penting intan happy.

IMANSHAH berkata...[Reply]

Tahniah Jang..ingat STAR Ipoh