Followers

Khamis, 27 Oktober 2011

Berkongsi cara merawat demam menurut Islam.

Demam lagi.  Sejak semalam dah demam,  panas badan turun dan naik saja. Sekejap panas sekejap okey. Sebelum tidur malam tadi basahkan kepala dan bila bangun pagi tadi rasa badan dah okey semula. Tak jadi ambil cuti.  Tapi menjelang pukul sepuluh ni badan mula rasa panas semula.  


Mari kita kongsi cara merawat demam menurut Islam.  Info ini saya dapat dari ruangan forum Ratuhati.

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan bacalah doa dibawah ini:






Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Bagi yang dikampung dan berdekatan sungai yang mengalir,  Alhamdulillah tetapi bagi anda dibandar boleh sahaja mandi atau membiarkan air mengalir dari kepala untuk sekurang-kurangnya 15 minit setiap pagi sebelum fajar dengan membaca doa seperti diatas.  INSYA'ALLAH  .Semoga Bermanfaat.


//ibuintan memang sentiasa mengamalkan membasahkan kepala  semasa demam.... cepat panas badan turun, petua ni juga didapati dari salah sebuah drama bersiri Korea beberapa tahun yg lalu, dalam drama ini juga mencadangkan kita mandi di sungai semasa demam....samakan macam amalan menurut Islam di atas.


/// adik ipar ibuintan juga semakin kurang diserang migrain sejak ibuintan mengesyorkan dia mandi dengan membasahkan kepala setiap pagi... wallahuaklam semua dengan izinNya juga kan., kita sekadar berusaha dan berikhtiar


.










16 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...[Reply]

nice sharing kak :-)

kaklong berkata...[Reply]

tq,kak atas info...
selalu klu domam,memang kaklong mandi,banyak kali pun tak po,biar kobah sikit paneh ea tu kan?

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

ibu itulah yang cik ina lakukan kalau anak deman, sejukkan badan dorang, serius mengenai hadis ni cik ina tak tahu langsung, tahanks for sharing.

Dr K berkata...[Reply]

tak salah mencuba kan....terima kasih berkongsi

azi berkata...[Reply]

Ibuintan...
TQ share info yang amat berguna ini...
sekarang musim hujan + panas, bercampur2...anak2 saya pun demam...dan saya memang selalu jiruskan kepala anak2 untuk hilangkan panas....

kasihibu berkata...[Reply]

terima kasih info ibu intan

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Dah lama betul kakcik tak berendam di sungai. Tiba2 teringat masa di kampung dulu2.

Kakcik juga akan basahkan kepala waktu mandi (kadang2 tak mandi pun) sewaktu kakcik sakit kepala.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Sebab itulah org yg bangun awal pagi (mestilah mandi sebab nak solat subuhkan) tidak mudah dijangkiti sakit...

Unknown berkata...[Reply]

betul la..
saya pun kalau anak demam
basah2 kan kepala dia..
kalau saya demam pun saya buat gitu..
basah kan kepala,kuatkan kipas angin..
kasi panas tu keluar..

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI

Ibuhani berkata...[Reply]

TQ for d info ibuintan......tp mmg betul kan, kalau demam eluk mandi dgn air sejuk n basahkn kepala.

Fina Roslan berkata...[Reply]

terima kasih Ibu.

Zaitun berkata...[Reply]

Terima kasih kongsi info.

Semoga ibuintan cepat sembuh.

NzA berkata...[Reply]

sharing is caring..TQ 4 sharing...

Kak Amy berkata...[Reply]

Nice sharing sis , thanks ye lepas ni boleh cuba amalkan...

Si Matatajam berkata...[Reply]

M jalan2 cari petua redakan demam anak..nice sharing ibu...