Segar dan dingin, itulah yang amat dirasai pagi ini setelah sepetangan semalam hujan turun dengan lebatnya. Memang rasa amat segar... tidur juga amat lena malam tadi. Sesekali dapat tidur dengan lena amat puas rasa nya. Sekarang semakin umur menginjak naik, ada masa-masa tertentu sukar untuk tidur dengan lena. Mata payah lelap, kalau dah tidur pun seringkali terjaga, lambat tidur namun awal pula terjaga. Jarang sangat nak dapatkan tidur yang lena selama enam jam berterusan. Tu yang dapat sesekali rasa puas sangat. Bertenaga dan hilang segala kepenatan rasanya
.
Hari ini hari terakhir anak murid menduduki periksa akhir tahun. Markah untuk subjek yang diajar juga telah selesai dimasukkan ke dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online untuk kelas Arif. Malangnya data dan nama murid untuk kelas Bestari telah tiada... semua data telah hilang padahal nama dan data mereka telah didaftarkan sebelum ini. Entah di mana silap dan entah siapa yang memadamkan data tersebut, boleh hilang pula. Data untuk kelas Bestari hilang selepas semua markah untuk ujian bulan Julai di key-in.
Nampaknya terpaksa meminta setiausaha peperiksaan dimendaftarkannya semula. Menggangu betul, kalau tidak komfom selesai satu kerja. Hanya tunggu semua guru subjek lain memasukkan markah dan tugas seterusnya hanya mencetak dan mengedarkan slip keputusan kepada ibubapa. Dalam kecanggihan kerja masih ada juga masalahnya yang timbul.
Disaat masih belum diserbu, masih laju untuk masuk dan buat kerja, itu pula masalah yg dihadapi. Minggu hadapan bila hampir semua sekolah telah selesai menjalankan peperiksaan, bila semua guru mesti memasukkan markah, sudah tentu talian akan 'jammed' semula, seperti peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, markah hanya berjaya dimasukkan selepas pukul sebelas malam.. itupun setelah beberapa kali cuma log-in. Tapi harapnya kali ini tiada masalah begitu lagi.
Buat ibubapa yang tak sabar nak menengok markah anak2 mereka boleh pergi ke
http://saps.moe.gov.my,
itupun kalau cikgu2 anak kita dah masukkan markah lah, kalau belum.... buka lagi dan lagi... kalau dah tak sabar lah, kalau sabar yang seeloknya tunggulah anak bawak repotkad balik...
Senang sangat cuma masukkan no sijil lahir anak atau ic anak.... semua dihujung jari saja. Tapi kalau cikgu tu belum masukkan markah, janganlah marah kat cikgu anak kita pulak... tentu cikgu tu perlu ambil masa menanda dan memberi markah tu. Tak pun macam masalah ibuintan di atas.. data murid hilang.
Ikutkan semua cikgu nak cepat menyiapkan kerja2 berkaitan pemarkahan ini, .. cepat siap senang hati. Hujung tahun berderet aktiviti dan majlis yang akan berlangsung.
Akktiviti sekolah ditempat ibuintan yang bakal berlangsung:
1. khatam Al-Quran untuk pelajar tahun enam.
2. sukan sekolah
3. majlis Qurban - tiga ekor lembu
4. majlis anugerah kecemerlangan sekolah.
Semuanya dalam masa sebulan ni. Sudah dua hari bermesyuarat tentang aktiviti yang bakal berlangsung, tengah hari nanti ada satu mesyuarat lagi. Baru mesyuarat dah terasa penatnya.... empat xtvt dalam masa sebulan.