Followers

Khamis, 12 September 2013

Terima kasih Petronas.... walaupun minyak naik duoposen.

Beli atas dapat yang bawah sekali.
Sekarang pergi mana-mana tak perlu lagi setiap orang  bawa pengecas sendiri.
Tak juga bising-bising dan salah menyalah bila ada yang tertinggal pengecas di rumah atau hilang ketika pergi ke mana-mana.
Bila  hilang terpaksa ganti baharu, keluar lagi duit, dah beberapa kali berlaku pun.
Yang penting kotak ini dipastikan sentiasa ada dalam kereta.


Cucuk dalam kereta pun boleh.


.... Moga tak timbul lagi kes tertinggal pengecas telefon sekiranya pergi berjalan-jalan. Masalah utamanya pengecas masing-masing tak boleh dikongsi, tidak bersesuaian bila dah berlainan jenama.



4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Syntium selalu bagi hadiah cikgu. Sekarang dapat pengecas pulak ye. Dulu bagi pengasah pisaulah, set sudu-garfulah, tuala pun pernah kan.

Ok jugalah bagi redakan hati minyak naik harga..

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Sekarang ni biar tertinggal IC jangan tertinggal pengecas

huhu

Acik Erna berkata...[Reply]

Assalam ibuintan..bagus hadiahnya tu kan..berguna untuk semua

ummiross berkata...[Reply]

betul ibuintan..jenama lain2, ada yang tak dapat dikongsi pengecasnya.