Tarikh : 21 September 2013
Acara : Majlis perkahwinan.
Punyalah sibuk abang bertopi chef yang tinggi tu ke hujung ke pangkal khemah mempelawa tetamu makan. Sanggup mengiringi tetamu sehingga duduk di kerusi yang disediakan.
Tetamu terus dibawa ke meja yang telah tersedia hidangan untuk empat orang.
Sementara menunggu rombongan pengantin sampai, ibuintan serta adik ipar duduk dibahagian tepi khemah. Sedang berbual-bual ibuintan didatangi seorang wanita, spontan dia bertanya "dah makan? Ibuintan menjawab 'sudah'. Tanpa diminta, wanita itu terus berkata,' I tak suka makan stail gini, bagi I tak praktikal untuk majlis seperti ni. I rasa mesti ada guest yang tak dapat makan ni. Kawan I pergi ke satu majlis wedding tu tak dapat makan tau' Disebabkan terkejut dengan perbualan yang tidak disangka tu maka ibuintan serta adik ipar hanya mampu membalas dengan senyuman sahaja. Mungkin kerana melihatkan tiada respon balas daripada ibuintan atau adik ipar maka wanita itu pun berlalu pergi. Makanya ibuintan atau adik ipar menjadi tanda tanya pula apa motif atau moral of the storynya wanita itu berkata sedemikian. Apanya yang tak praktikal tu?
Bersangka baiknya - mungkin wanita itu jarang-jarang atau tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin di bawah khemah, mungkin majlis yang dihadirinya majlis di dewan atau ballroom hotel sahaja. Mungkinlah ... tapi gayanya, pemakaiannya dan stailnya taklah pula menunjukkan dia hanya layak ke situ saja. Tapi kalau dihotel pun makanan dah siap dihidang juga. Macam-macam ragam manusia ni, kalau dah jenis suka mencari cacat cela orang walau apa cara pun tetap nak menghentam orang juga.
Bagi ibuintan sebagai tetamu tiada cacat celanya cara makan yang berhidang begitu. Sangat cantik dan teratur segalanya. Pekerja katerer tu pun ramai dan masing-masing dengan tugas masing-masing yang telah diaturkan. Tiada masalah juga kalau nak tambah nasi atau lauk, minta saja. Segera dihantar ke meja.
... kenapalah masih ada antara kira tidak cuba membayangkan betapa sukarnya pihak tuan rumah berusaha untuk memuaskan semua tetamu, betapa banyaknya perkara lain yang perlu diuruskan juga... tidak bolehkah kita cuba menutup kekurangan majlis sekiranya ada...