Followers

Khamis, 15 Ogos 2013

Catatan Raya 1

Assalamualaikum... cepatnya masa berlalu. Dah seminggu kita berhari raya.  Raya kali ini semua jadual perjalanan berubah dari kebiasaannya.  Faktor utama yang menyebabkan perubahan jadual perjalanan untuk berhari raya kami sekeluarga ialah faktor kesihatan mak dan abah mertua.  Mak dan abah mertua tidak berapa sihat sekarang ini dan mereka  tinggal berdua sahaja.  Semua anak-anak beraya di rumah masing-masing, adik-beradik ipar hanya datang beraya dan kemudian balik ke rumah mereka. Tinggallah mak dan abah mertua sahaja.  Yang ada bermalam di sana cuma adik ipar yang bongsu serta suaminya sahaja.

  
                        Ibuintan dan keluarga di pagi raya 2013... tema pink dan black kami tahun ni.

Tiga permata hari yang menceriakan hidup ibu.

 
Bersama keluarga adik lelaki.... terima kasih Acek dan Ida.

Auni dan Amir leka ngadap game.... berebut sebenarnya tu!

Pusara arwah mak... alfatihah, moga roh mak tenang di alam sana... dah enam tahun kami beraya tanpa emak di sisi... sayu dan rindu hanya Allah jua yang tahu.

Selepas Asar seperti kelaziman setiap tahun sejak berkahwin, ibuintan sekeluarga akan ke rumah kedua mak dan abah mertua pula.  Seperti kebiasaan juga kami akan bermalam di sana disamping menziarah semua keluarga terdekat suami di sana. Biasanya kami habiskan menjelang tengah malam itu juga. Tapi kali ini kami sekeluarga hanya beraya di rumah emak sahaja sebab masing-masing sudah kepenatan ditambah pula kami lewat sampai sebab tersangkut dalam jem... Bayangkan jalan kampung pun boleh jem jugak tu.

Petang raya kedua ibuintan dimulakan dengan menziarah ke rumah adik-beradik suami yang tinggal di kampung. Petang ke malam kami hanya sempat ke tiga buah rumah sahaja.  Dua buah rumah adik ipar dan rumah kakak ipar yang sulung.

Along dan Intan di rumah maktehnya.


Bersama Intan di hadapan rumah maktehnya... tema ibu dan anak ialah pepel pink dan oren...

Bersama Along... baru perasan ibuintan langsung tiada gambar berdua bersama si bungsu Azim. Ni sebab dia jadi jurugambar la ni... kamera kami tahun ini lebih banyak tidur dari digunakan, bawak ke mana pergi tapi tidak digunakan sebab anak-anak lebih suka guna tab ... terus pos ke FB atau Instagram

Raya tahun ini setiap malam ibuintan tidur di rumah mak mertua.  Malam raya kedua, ke tiga dan malam raya ke empat kami berada di sana.  Kami balik ke rumah pada keesokkan harinya dan selepas Maghrib balik semula ke rumah mak mertua.  Ibuintan risau sangat bila mengenangkan kedua mak dan abah mertua tinggal berdua sahaja di rumah sedangkan mereka berdua tidak sihat.  Adik ipar yang bongsu serta suaminya ke Kedah pada hari Jumaat hingga Isnin, adik ipar lelaki yang biasa menjaga emak pula sibuk ke hospital kerana abah mertuanya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung manakala mak mertuanya menderita sakit radang tulang. Manakala suami adik ipar ibuintan juga dirawat di hospital kerana mendapat serangan jantung  dua hari sebelum hari raya.  Seperti kata mak mertua raya tahun ni penuh dugaan buat anak dan menantunya.  Tu sebab mak dan abah mertua ibuintan langsung tidak mahu ke rumah anak-anak yang lain untuk berhari raya... hati tak suka macam mana nak beraya katanya.  Baju raya yang dibelikan oleh anak-anak pun tidak dipakainya.

Abah mertua termenung panjang di pagi raya ke dua.  Kami minta mak dan abah memakai baju raya untuk bergambar bersama tapi ditolak oleh mereka.  

Bila uploard gambar ke komputer hari ini baru perasan kami tidak mengambil langsung gambar saudara dan tetamu yang datang beraya ke rumah  pada hari raya pertama, kedua dan ketiga.  Osahlah sibuknya.  Sibuk didapur serta melayan tetamu sampai lupa nak bergambar kenangan.


.... selamat berpuasa enam Syawal kepada semua sahabat yang sedang berpuasa


1 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam Syawal, Ibuintan. :)