Alhamdulillah... Azim dah sihat sepenuhnya. Tapi sejak pagi semalam abahintan pula yang demam bersama dengan batuk dan selesema juga. Sebab tidak mahu menyebarkan virus, abahintan sanggup memakai mask penutup hidung dan mulut sepanjang hari. Stok mask penutup hidung dan mulut ni memang sentiasa ada di rumah tapi hanya dia yang sanggup guna, ibuintan rimas memakainya. Dalam menjaga penyebaran virus tersebut, ibuintan tetap juga terkena jangkitannya. Jadi sejak tengah hari tadi, badan sudah mulai seram sejuk, air hidung mula berjuraian dan tekak mulai perit. Menjelang malam badan pun rasa sakit dan sengal. Memang sah dah demam, bersama selesema juga. Nasib baik sakit tekak tidak menjadi batuk sebab ibuintan sentiasa minum madu dan jus aloe vera. Sebab malas ke klinik, ibuintan kongsi ubat demam Azim. Malas nak keluar sebab hujan dari tengah hari , menjelang Maghrib baru berhenti. Harap demam ini tidak berpanjangan.
Semalam pula, seharian kami berada di rumah kakak ipar di Taman Tasik Jaya Seremban. Kakak ipar mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya. Walaupun demam abahintan tetap hadir dan terpaksa juga menjadi wakil pihak perempuan. Nasib baik tidak berpantun bermadah bagai, street to the point je... cepat je acara selesai.... cakap lebih kurang terus di akhiri dengan menyarung cincin. Lega sangat abahintan
Abahintan berbaju putih, yang di kanan adik iparnya dan di kiri abang ipar... my biras la tu. Yang berbaju batik biru ungu tu kami (para biras) seramai sebelas orang sebulat suara melantiknya sebagai ketua biras. Apa-apa majlis kenduri kendara (belah mertua) beliaulah menjadi leadernya. Sayangnya kini tinggal sembilan orang saja, biras nombor satu telah meninggal dunia pada bulan April yang lalu dan terbaharu ialah arwah Kak Lang Eda ( dua minggu lepas) ... alfatihah.