Followers

Rabu, 24 Oktober 2012

Sesi menambah hitamkan kulit tiba lagi.

       cp from fb


Assalamualaikum.... moga ceria dan gembira dengan aktiviti yang dilakukan.

Syukur... selepas selesai program perkhemahan unit berunifom, kini tiba pula giliran sukan tahunan sekolah untuk sesi 2012 ini.  Hari kejadiannya dijangka pada 31hb nanti iaitu hari Rabu depan.  Disebabkan Isnin cuti peristiwa (perkhemahan) maka pemilihan peserta dan latihan sukan pun bermula pagi semalam.  Sebab bilangan murid tidak ramai, maka hanya terdapat tiga rumah sukan sahaja yang bertanding. Hanya acara padang dan sukaneka sahaja yang akan dijalankan.  Hanya pemilihan dan latihan untuk acara padang iaitu lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh serta larian 80m dan 100 m saja.

Bermula seawal pukul lapan pagi lagi dengan matahari tengah naik memang panas dan perit juga untuk menghabiskan pemilihan sehingga pukul 10 setengah pagi. Nak buek camno terpaksa jugalah berpanas bersama anak-anak murid.

Kulit yang dah sojak lahir ni itam, nampak gayanya bertambah itamlah ni.... seitam bayang2 ibuintan yang panjang galah ni... time ni baru pukul sembilan lebih ni.  Takkan nak berpayung lak kan... apo kes!!  Tak pasal2 kono kutuk dalam fb sekolah oleh penjaga murid.  Buek malu yo.  So altenatifnya membelakangkan matahari je la sepanjang berada di padang tu.












Macam-macam gaya dan aksi yang bebudak ni buat.





Wah besemangat... anak-anak Pra sekolah pun seronok mencuba... saja beri mereka peluang.








Macam-macam gelagat anak-anak ni, mereka seronok je.


Nasib baik di hujung padang ada pokok mangga, pokok mangga ni dalam kawasan pagar sekolah maka adalah tempat berteduh. Dapatlah lari lari sekejap ke bawah pokok ini.


Pe lagi, sekarang kan musim buah mangga. Sambil berteduh sambil mengutip buah mangga yang gugur.  Nilah hasil kutipan pagi tadi yang diketuai oleh cikgu Faizal.  Dibawa ke bilik guru dan dikorbankan bersama-sama.



Lemak manis.... sangat sedap.  Warna pun cantik... mengiurkan.  Harap-harap esok ada lagi yang gugur walaupun buahnya dah hujung-hujung sekarang ni.  Dah hampir habis la tu.  Tapi dahan yang masuk ke kawasan rumah sebelah pagar masih banyak.


Eh... sokgi cuti.  Cuti yang telah diganti seawal bulan April yang lalu. Sokgi akan berangkat ke umah mak mertua... bakar lemang dan merendang di sana.. jumpa lagi, wassallam.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA.


4 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan,..sedapnya mangga..

MulutPayau berkata...[Reply]

seronok tengok aksi anak2 bersukan tu..macam2 gaya ada...
Sedapnya mangga tu....

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Kak Erna... memang sedap,.. mangga free

slamat hari raya kak!

ibuintan berkata...[Reply]

MP... macam2 gelagat bebudak tu... memang menghiburkan, mereka tak penat langsung nampaknya


slamat hari raya MP!