Syukur ...hari ke tiga puasa baru dapat bersiaran semula. Seminggu berlalu dengan tahap kesibukan yang tinggi ditambah dengan talian ntenet yang bermasalah lalu mood mengadap blog pun jatuh merudum. Malas sungguh bila kelajuan ntenet bersaing dengan siput sedut..... tensen jadinya. Kok siput sedut bes jugak bila dah dimasak lomak lado api.
Minggu lepas saya teramat sibuk mengendalikan program anti dadah di sekolah. Sibuk dengan kertas kerja dan mengendalikan aktiviti untuk sepanjang minggu. Alhamdulillah berjalan lancar dan telah selamat ditutup secara rasminya pagi tadi oleh guru besar. Selesai program ini maka bermula pula Program Ihya Ramadhan anjuran Panitia Agama Islam, program sepanjang bulan puasa ini.
Bila balik ke rumah sibuk pula bersama mesin jahit. Maklumlah bulan ni bulan poso, bulan dopan bulan rayo. Maka baju raya pula menjadi agendanya. Masih dalam usaha memenuhi permintaan teman untuk memakai baju baru di pagi raya. Hanya tempahan teman yang menjadi pelanggan setia sejak beberapa tahun dulu saja yang saya terima. Sekarang ni dah rasa jemu pulak menjahit, dah muak ngadap mesin jahit. Teman-teman hantar kain dah lama, masuk je bulan Rejab dah terima beberapa pasang kain tapi situkang jahitnya pulak malas nak mula operasi awal.... skarang dah masuk Ramadhan masih ada yang belum siap, padan muko si tukang jahit. Intan pun dah bising bajunya juga belum berusik. Hahaha... baru tigo ari poso, insyaallah ado duo puluh tujuh ari laie menjelang rayo... ala biasa la baju si tukang jahit siap pepagi raya tu. Tu baru betul baju raya.... kan!
Cuma inilah masalah besarnya, yang sering mengganggu tumpuan... knapalah laptop tu sentiasa ada atas meja tu!
Jenis-jenis dadah
Selamat berpuasa.//
6 ulasan:
Hehehe ibuintan mcm mana nak siap baju raya kalau lap top dopan mato;-)
betul la kak, setiap kali nk menjahir, mata asyik menjeling je lappy tu.....mulalh dok layan blog n FB...akhirnya kain tu trbiar sepi...hu.hu.hu....
Salam Ramadhan dr Epilog Syurga Cintaku :)
salam..
letak lappy bwh tilam hehe
sekolah kami buat program anti dadah bulan 4 baru ni.ada jugak buat pameran aadk mcm ni
Salam ..
Macam meriah je Minggu Anti Dadah tu .. =)
Catat Ulasan