ASSALAMUALAIKUM.
Tamatlah sudah percutian dan persembunyian ibuintan selama hampir sebulan setengah. Menyepi dan langsung tidak membuka dan melawat ke mana-mana blog. Minta maaf kepada semua rakan yang selama ini sentiasa menyokong dan memberi semangat. Ibuintan hanya bercuti sahaja, tiada apa-apa masalah sebenarnya. Minta maaf juga kepada rakan-rakan yang ada meninggalkan komen dalam entri yang terakhir sebelum ini yang masih tidak berbalas. Terima kasih kepada Kakchik, Kakzakie, Acik erna, Sal, MP, kak Ibuhani, Tinie, Nza, Kak Wardah, Ina dan OTM. Dan juga kepada rakan-rakan lain yang mungkin masih ada yang sudi berkunjung ke laman ini walaupun suasananya makin sunyi dan sepi.
Malam ini sangat terharu bila melihat graf kunjungan rakan-rakan ke blog ini masih ada. Walaupun tidak dipedulikan oleh tuannya, catatan pengunjung harian masih melepasi 50 paparan setiap hari. Malah ada yang mencecah 100 paparan di hari-hari tertentu. Terharu sangat bila melihat statistik paparan pengunjung, rasa amat bersalah kepada semua yang masih melawat ke blog sepi selama dalam percutian ini. Taknak bercuti lagi dah... nak mulakan semula mencatat apa yang patut dan perlu. Nak berkongsi semua cerita dan berita. Banyak rasanya, ataupun paling tidak pun mungkin sekadar berkongsi gambar saja.
Inilah perasaan ibuintan malam ini... gembira dan ceria seperti orkid ibuintan yang baru kembang mekar sejak tiga hari lepas.
Oked Cattleya pink merah pemberian seorang rakan setugas dua tahun yang lalu, mekar sekali lagi, dua kuntum sekali kembang... kembang juga hati tuan yang merawat dan mengasuhnya setiap hari. Trima kasih buat Cikgu Rafidza...
14 ulasan:
tiap kali sya lalu di tanjung ipoh teringgatkan ibu intan,cuma tak tahu rumah saje kalau tidak memang dah terjah:-)
dah kesodakan lah tu,asyik kono sobut yo namo ea...heheheh!
saya teringin juga nak bercuti tapi tak tahu kat siapa nak minta .. setakat ini tak tahu berapa hari lagi baki cuti. hehe
selamat kembali ke alam siber dan selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.
salam..
sy pun kejap ada kejap xde
tp dua menjak ni rajin sket :)
Selamat kembali munulis Ibuintan..dan selamat menyambut Ramadan al Mubarak.
assalamualaikum ibu intan...
lama betul ibu intan bercuti ya...harap2 lepas ni makin brsemngat utk menulis....
lamanya akak menyepi...rindu akak.
sya... nanti akak bg alamat, jemput singgah raya nanti
kak long... botul la, tosodak2 yo akhir2 ni
hahaha.. Pak Ngah , cuti ambik sondiri, takyah mintak-mintak, kito boss kito kuli... po susah kan
maiyah... tu la, macam biskut jugak kan.. lepas ni kita jgn ilang lae la
Doc DZ... tk, slamat menyambut Ramadhan jugak
Mualaikumsalam MP... cuti yg tak dikira dlm perkhidmatan
Nza... rindu Nza jugak
Catat Ulasan