Followers

Isnin, 16 Julai 2012

Alam Mayang Selida

Alhamdulillah..... 
 Memenuhi pelawaan Pak Teh dari Alam Mayang Selida untuk melawat ke kebun orkid seliaannya adalah sesuatu yang amat dihargai. Setelah beberapa kali tertunda, pagi tadi ditemani suami dan intan, kami bergerak ke Seremban pada pukult 9.30 pagi. Pak Teh menunggu kami hadapan Komplek Sukan Paroi . Selain kami bertiga, Pak Teh juga rupanya mengundang bersama Nizar dan isterinya . Nizar datang bersama isteri dan enam orang anaknya, mereka datang dari Kajang. 


Selepas bersarapan , Pak Teh membawa kami ke kebun orkid yang dijaganya, Alam Mayang Selida terletak di Taman Bukti, Seremban. Hampir tiga jam kami dibawa meneroka kawasan kebun seluas tiga hektar itu. Tak terasa penat langsung berjalan-jalan sambil mendengar penerangan dan celoteh daripada Pak Teh. Koleksi orkid spesis sangat mengagumkan. Berbagai rupa, warna dan bentuk dapat dilihat di situ. Namanya juga sangat pelik dan susah disebut, tapi bagi Pak Teh sudah hafal semuanya.  Saya serta Nizar dan isterinya memang sangat2 teruja. Orkid spesis yang sangat sukar di dapati malah mahal juga. Menurut Pak Teh tuan punya taman ini seorang Dato sangat meminati orkid jenis spesis. Sayangnya kami tidak berjumpa dengan Dato tersebut.


Orkid di sini bukan untuk jualan tapi hanya sebagai memenuhi minat dan kecintaan kepada bunga orkid terutama jenis spesis (SP) yang memang sangat bernilai.  Koleksi di sini banyak dibeli oleh Dato di luar negara.  Sebagai memenuhi keinginan Nizar dan isteri yang juga sangat berminat dengan orkid jenis spesis Pak Teh kemudian membawa kami ke sebuah nurseri orkid di Mambau.  Di sini dapatlah Nizar dan isteri memenuhi keinginan memiliki beberapa jenis orkid spesis dengan harga mampu milik.


Senyum bersama spesis yang mampu milik.... hanya satu ni saja yang mampu dibeli, yang jenis spesis tapi yang jenis hibrid adalah dua tiga jenis.  Tak berani kau... takut tak beraya nanti.

Intan juga dapat teman baru, anak Nizar.

Sayang sangat kami tak bawa kamera, hanya guna kamera talipon cap ayam kampong je.





Gambar bawah... Pak Teh bersama Nizar.  Dan kami berkenalan sebagai geng peminat orkid di laman muka buku.  Banyak belajar dengan geng ini tentang orkid dan selama dalam percutian berblog di laman inilah ibuintan bersantai setiap hari. Ramai pakar dan otai dalam geng peminat orkid ini. 

10 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Cantik orkidnya. :)

kaklong berkata...[Reply]

akak ghajin molo tak po..kaklong dorgeh jomu...wahaaaaa...!

inazamri berkata...[Reply]

tingin juga nak orkid ni tapi harga dia boleh tahan mahal tu.Rasa nak beli gak la 1

ibuintan berkata...[Reply]

Orkid spesis kakcik... memang cantik dan unik

ibuintan berkata...[Reply]

Long dah minat.... lae pun tompek reles tensen gak tu.... tp kokadang tensen lak bilo x mampu boli...hahaha

ibuintan berkata...[Reply]

Long dah minat.... lae pun tompek reles tensen gak tu.... tp kokadang tensen lak bilo x mampu boli...hahaha

ibuintan berkata...[Reply]

Ina.... yg jenis spesis memang mahal tp yg hibrid ok lagi, masih boleh berhobi lagi ....

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kalau kakak beli orkid lagi puas daripada beli baju cikgu. Orkid yg cikgu pegang tu dulu hubby kakak pernah dapatkan dari kawan dia import dari Taiwan. Dapat kat tangan kakak tak sampai 6 bulan dah lunyai. Bunga pun tak sempat kembang...

azi berkata...[Reply]

Salam ibu Intan...
saya pun minat bunga orkid, tapi tak pandai tanam, memang tak ada sepokok pun kat rumah saya...

adol ihsan berkata...[Reply]

Salam ..

Huhu .. Best nye !! Saya pun minat orkid.. Cantik..