Assalamualaikum.
Moga sihat semuanya serta dipermudahkan semua urusan seharian. Maaf sekiranya makin jarang bertegur sapa. Mood makin merudum walau banyak yang hendak dikongsi bersama.
Hari ni nak share gambar-gambar aktiviti yang telah berlaku seminggu yang lalu.
Jumaat. 25hb Mei 2012. Hari terakhir sebelum bercuti, ibuintan mengadakan sambutan hari lahir anak-anak murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mei. Bila diberitahu dan dicadangkan semuanya bersorak gembira... ada 7 orang saja yang lahir dalam bulan Januari hingga Mei. Baki yang lain akan disambut pula selepas hari raya nanti. Kumpulkan sekali, jimat belanja. Sekadar memberi ingatan manis buat anak-anak ini untuk dikenang. Jamuan secara sederhana saja.... potong kek sambil kengkawan lain nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"
Tujuh orang tapi sorang tercicir... time potong kek ni Azrul ke tandas, tak perasan.
4 Melayu 3 Asli. Bersama hadiah pemberian ikhlas cikgunya.
Bacaan doa sebelum makan. Menu utama ialah nasi ayam selain kek, kek coklat dan dadih koktail sumbangan penjaga, serta makanan ringan yang lain.
Sabtu dan Ahad. 26 dan 27hb Mei.
Majlis kenduri kahwin anak perempuan kakak ipar di Taman Tasik Jaya, Seremban.
Tahniah, Ayu dan Roy... moga berkekalan hingga akhir nyawa.
5 ulasan:
yang melayu tu pun asli jugak kan ? hehe
budak2 memang suko ado majlis2 macam ni,janji ado kek,potong gehgamai pun tak po...hahahaha!
haah... PakNgah , yg melayu tu memang asli jugak..sah orang bukan patung..
memang tau!
yo la Long... besday mesti ado kek, suko amek2 mereka
alhamdulilah bersih dan suci wajah kanak2....
psst...lncana sek tu sekali tgk dh mcm pingat anugerah..:))
Catat Ulasan