Followers

Sabtu, 31 Mac 2012

Ringkas tapi jaya.


Selesai sudah mesyuarat Agung PIBG petang semalam.  Selesai dengan jaya walaupun persiapan hanya dilakukan bermula pagi semalam sahaja.  Mesyuarat kali ini tidak dipedulikan dan dikesahkan sangat  kerana semangat menanti kehadiran para pegawai pemantauan dari JPNS mengatasi segalanya.  Seperti dalam entri saya sebelum ini, hari Khamis lepas sekolah saya dimaklumkan akan diserbu oleh serombongan pegawai untuk tujuan pemantauan namun sebaik tiba di sekolah pada awal pagi Khamis lepas, kami menerima panggilan telefon bahawa kedatangan para pegawai tersebut telah ditangguhkan.  Ditangguhkan ke dua minggu lagi.  Kena menanti lagi!


Jemputan selaku perasmi majlis datang lebih awal dari jangkaan, ibu bapa penjaga pun baru beberapa orang saja yang sampai, terkejut besar kami,  diluar jangkaan sungguh.


Barisan AJK sambutan kelam kabut sekejap.  Pasukan kompang begitu juga.  Memang lari dari plan asal. Rupanya Dato ada majlis yang lain selepas ini di kampung berdekatan. Petang semalam juga rupanya 2 buah bas mengangkut penduduk kampung yang sebahagian besarnya ibu bapa kepada para pelajar di sekolah ini bertolak ke Program Latihan Transformasi Negara Penggerak Masyarakat Dun Seri Menanti di Kem Bina Negara Tanjung Rhu Sepang.  






Maka dewan yang selalunya penuh setiap kali mesyuarat kali ini kelihatan amat lenggang. Memang jelas kehadiran ibu bapa yang sangat kurang terutama sekali kaum bapa. Pihak JKKK tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah terlebih dahulu.  Nasib baik Dato memahami keadaan ini yang tidak disengajakan...   ibu bapa yang tidak hadir rupanya pergi berkursus di Kem Bina Negara selama 3 hari 2 malam...  persiapan menjelang PRU rasanya.


 Pendaftaran.


Antara ibu bapa yang hadir.


Diselangseli dengan cabutan nombor bertuah.  Disebabkan kehadiran yang kurang maka saya pun dapatlah merasa nombor bertuah kali ini.  Dapatlah sebungkus biskut lemak manis. Walaupun bagaimanapun majlis tetap berjalan dengan lancar dan jayanya.


Seperti biasa inilah  'lopak wajib ibuintan' ... jamuan!





7 ulasan:

NzA berkata...[Reply]

Tahniah krn 1 lagi program wajib selesai.....
SK saya pn ptg smlm buat mesyuarat agung PIBG...Menteri Besar Johor yg rasmikan....Beliau yg menawarkan diri disaat akhir...3 hr kami dlm keadaan xtentu arah n kelam kabut cz byk protokol yg perlu dipatuhi...

kasihibu berkata...[Reply]

salam kak..sya ke mesy PIBG anak2 dara sya 30hb lepas, baru sya tahu pend n9 tak membenarkan pelajar membeli buku kerja ye?

Azian Elias berkata...[Reply]

kat mana2 pun mesyuarat PIBG ni mmg tak ada sambutan..

ibuintan berkata...[Reply]

wah, MB yg offer diri mesti hebat sek Nza tu!

mesti banyak juga dapat sumbangan kan

ibuintan berkata...[Reply]

salam sya... sek anak sya di mana? memang dah beberapa tahun jpns tak benarkan sek menjual buku kerja kpd pelajar, kalau ada pun untuk tahap dua saja dan hanya untuk subjek teras

ibuintan berkata...[Reply]

dan mesti kaum ibu saja yg selalunya datang kan!!

mereka dah malas kot

kasihibu berkata...[Reply]

anak anak sya sekolah di petasih kak, terpaksa masuk di asrama, sya belum lulus pertukaran lagi