Followers

Ahad, 14 November 2010

Buluh, kelapa dan pemanjat pokok kelapa yang menjadi rebutan..., senario menjelang hari raya.

Makcik-makcik jiran sekampung dah mula sibuk dengan persiapan membuat lemang.  Pagi tadi beberapa orang makcik sudah mula sibuk mencari buluh dan kelapa tua untuk dibuat  lemang. Mereka akan membakar lemang pada hari Selasa. 

Makcik-makcik yang masih sihat ini masih sanggup dan seronok untuk membakar lemang.  Semua dengan alasan anak dan cucu akan balik  beraya di kampung.  Buluh lemang dan kelapa tua menjadi rebutan, semenjak lemang di bisneskan, buluh lemang kini juga terpaksa di boking dulu.

Ada makcik yang dah boking buluh sejak awal minggu lepas lagi, buluh yang dah diboking ditandakan dengan gaya masing-masing.  Ada yang mengikat dengan tali dan ada juga yang mengikatnya dengan perca kain.  Buluh biasanya ditebang sehari sebelum membuat lemang.

Namun ada juga buluh yang telah ditanda ini akan ditebang oleh orang lain kerana buluh-buluh ini terdapat di atas tanah  rezab jalan. Kalau kes ini berlaku, akan terkeluarlah ayat-ayat cinta daripada mulut-mulut makcik-makcik tersebut, akan riuh sekampung jadinya.

Begitu juga dengan kelapa. Permintaan untuk kelapa tua dan masak juga amat tinggi.  Di kampung ini sebiji kelapa masak yang dikupas kulit berharga RM1.50, namun tidak mustahil pada hari Selasa nanti harganya Rm2.00 sebiji.  Semua rumah perlukan kelapa atau santan.  Buat lemang dan rendang, wajib ada santan.

Kalau tak bakar lemang pun, rendang mesti buat.  Rendang ayam atau daging, satu kemestian.  Untuk seekor ayam saja  biasanya gunakan dua biji kelapa, untuk santannya dan sedikit untuk dibuat kerisik.  Begitu juga untuk sekilo daging.   Ibuintan pula  lebih suka gunakan santan yang diperah sendiri daripada kelapa masak yang diparut berbanding santan siap dijual.

Kadang-kadang santan yang dijual menggunakan kelapa yang masih belum tua, ini menyebabkan rendangnya tidak tahan lama, mudah basi dan rendang juga tidak wangi.

Khidmat tukang panjat pokok kelapa juga amat diperlukan ketika ini.  Pagi tadi juga seorang pemanjat pokok kelapa telah memanjat hampir sepuluh pokok kelapa jiran-jiran terdekat.   Bila sampai turn makcik sebelah rumah, sipemanjat pokok kelapa tidak sanggup memanjat lagi ... kepenatan katanya..  Dia berjanji akan datang lagi esok pagi,   ibuintan juga meminta dia memanjat sebatang pokok kelapa yang berbuah lebat di depan rumah.

Upah memanjat sebatang pokok kelapa ialah RM10 ataupun buah kelapa di bahagi dua mengikut jumlah buah yang diturunkan, Namun kebiasaannya, sipemanjat lebih suka memilih untuk mengambil buah kelapa berbanding duit.  Kelapa akan dijual dikedai-kedai runcit atau dihantar ke kedai menjual santan.

Pagi tadi semasa kami berbual. sipemanjat telah dapat mengumpul hampir dua ratus biji kelapa.  Kelapa tua dan masak,  memang tinggi permintaannya menjelang hari raya aidiladha nanti. 

14 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

salam

saya xbalik la ibu..beraya di Ipoh..huhu

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Ketupat segera ADABI sajalah jawabnya...cklah cuti sehari. Anak pula sibuk nak SPM beberapa hari lai...

ibuintan berkata...[Reply]

salam iman..

takpe tak balik ipoh, mai datang beraya kat Tanjung Ipoh..

makan lemang tunjuk dan rendang

ibuintan berkata...[Reply]

cklah,

saya pun tak bakar lemang, kenen kat umah mak mertua saja..

cuti mungkin dua hari, Rabu dan Khamis.. tapi lom komfom lae..

anak sulung pun SPM juga tahun ni..

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Boleh main booking2 pulak buluh lemang tu. Menarik tu. Nasib baik tak booking serumpun terus. Lepas tu jual kpd org lain yg tak sempat booking buluh hehehe

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Kalau ada beruk yg pandai panjat pokok kelapa bolehlah bawa ke tempat ibuintan mcm ni. Boleh buat duit hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Dapat makan lemang lagi raya haji ni...


*plan asal bertukar bila emak nak ke Melaka ke rumah adik2 dan emak suruh saya ke kampung suami kali ni...

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu YB, kat sini takde orang yang bela beruk yang pandai panjat kelapa...

yang ada tukang panjat pun tak ramai... sorang dua saja..

orang taknak bela sebab takut dapat gelaran........beruk dihujungnya

ibuintan berkata...[Reply]

reen, knapa?
mak reen tak ajak sekali ke beraya kat Melaka... elok juga berbagi-bagi

ibuintan berkata...[Reply]

Yb...

memang buluh kena booking skarang ni, sebab permintaan tinggi..

bisnes buluh serancak bisnes lemang.. kan sepanjang laluan K. Pilah Seremban hari2 ada gerai jualan lemang

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ziarah...saya lik kedah..ada gak booking lemang kat member pejabat..laki dia buat bisnes lemang kat cini ...sedap lemang dia

NENSA MOON berkata...[Reply]

salam ibuintan,
mungkin inilah masa panen bagi para pemanjat kelapa...
setahun sekali ato mungkin setahun 2 kali, masa hari raya mereka meraup banyak keuntungan...

kitapun tentunya diuntungkan dengan keberadaan mereka... hehe...
thanks.

kak wan berkata...[Reply]

Pemanjat kelapa atau buah kelapa yang lebih penting ni....

Selamat hariraya Aidil Adha yang yang lebih penting selamat bercuti buat ibuintan.

Zaitun berkata...[Reply]

Masa ni lah taukey kelapa boleh dapat income lebih,tapi janganlah sampai kerat leher.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat ibuintan sekeluarga.