Followers

Jumaat, 17 September 2010

Apa itu rumah terbuka?

Hari ini mula ke sekolah semula. Murid Satu Arif yang hadir ke sekolah hari ini hanya seramai lapan orang sahaja.  Setengah lagi masih menyambung cuti raya, kalau tidak pun malas bangun pagi sebab sejuk  Sejak petang semalam hujan turun dengan lebatnya.

Disebabkan murid yang ada hanya lapan orang, kami berborak banyak tentang sambutan hari raya. Bertanya tentang duit raya, baju raya, kuih raya, jalan-jalan raya dan sebagainya yang berkaitan tentang raya.  Juga tentang 'rumah terbuka' yang murid fahami.

Berikut ialah jawapan lapan orang murid tentang 'rumah terbuka' mengikut kefahaman mereka. (umur 7 tahun)

Hakim ;  'buka pintu dan tingkap'  Alasannya, kalau tak buka pintu dan tingkap , rumah gelap.

Damia :  ''waktu malam rumah itu di buka'  Tiada alasan.

Farouqi : ' buka bumbung'  Tiada alasan.

Adam   :  ' buka pintu'  Alasannya, sebab nak keluar masuk rumah.

Aizzat   :  ' buka langsir'  Alasannya, langsir baru.

Azzim   ;  ' buka almari' Alasannya, emak simpan baju raya dalam almari.

Humaira :  ' ajak orang datang rumah kita'  Alasannya, ibu bapanya baru buat semalam, ajak ramai orang datang.

Hikmah  :  ' pasang khemah'  Alasannya, ada pasang khemah di depan rumah

Itulah jawapan dan alasan mereka tentang 'rumah terbuka'

18 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
IBUINTAN TANYA KPD MURID. SEKARANG GILIRAN MURID BERTANYA IBUINTAN ! TAK BUAT RUMAH TERBUKA KE? KAMI NAK DATANG NI ! LF NAK DENGAR JAWAPAN IBUINTAN. KALAU JAWAPAN "YA", LF NAK DATANG.

al-lavendari berkata...[Reply]

salam.

jawapan humaira tu saya rasa bolehlah beri markah sikit.

jawapan saya akan diberi dalam masa terdekat.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..apa agaknya balasan ibuintan pulak ye..pada 8 murid tu..

Unknown berkata...[Reply]

budak2 ni memang
macam2 jawapan dia bagi..
kadang2 sampai
kita sendiri lupa ape soalan kita..
hahah

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..sib bek depa tak habaq mai suruh bukak baju huhuhuh..klu tak, haru dibuatnya...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali Dato,
ni betul-betul ke cobaan ni...

belum ada perancangan lagi, tapi kalau Dato sudi nak datang amat di alu-alukan..

ibuintan berkata...[Reply]

saya pun tunggu jawapan tuan aji..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna, panjang lebar lah jawapannya.. siap buat ayat dan contohnya skali...

ibuintan berkata...[Reply]

memang sah gitu... kalau terlayan melalut-lalut jawapan diorang...

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom...tu memang sah lari dari tajuk tu.., memang sah haru biru

Zaitun berkata...[Reply]

Budak tahun satu mungkin diaorang belum faham apa maksud rumah terbuka.

hentian berkata...[Reply]

rumah terbuka adalah rumah yang semua orang boleh datang bila-bila dia suka.

rumah tak di buka ialah rumah yang kalau nak datang kena bagitau lebih dulu....

ibuintan berkata...[Reply]

salam kak zai,
memang puas juga memberi penjelasan kepada mereka....tapi akhirnya mereka paham,,,

ibuintan berkata...[Reply]

IM, bolehlah bagi markah penuh ni..

ahmad humairi berkata...[Reply]

salam aidilfitri,

saya xwat open haus...sape-sape leh datang bertandang...pencurik...no entry!

IMANSHAH berkata...[Reply]

Salam ziarah ibu...blog menarik!!

ibuintan berkata...[Reply]

salam aidilfitri kembali,
betul tu etamu diterima, pencurik no entry...bo layan

ibuintan berkata...[Reply]

iman..
selamat datang jenguk2lah selalu...