Followers

Selasa, 2 Mac 2010

Rumah pusaka

P/s :  Semua tingkap tidak dibuka kerana mak dan abah mertua lebih selesa duduk di bahagian dapur.

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.
Inilah rumah mak mertua di Kg. Kepis. Nilah rumah pusaka yang diwarisi oleh mil secara turun temurun. Hanya mak dan abah mertua yg menetap di rumah pusaka ni sekarang. Rumah ini berbentuk rumah minang, dan dihiasi dengan banyak ukiran yang menarik. Menurut cerita mak mertua rumah ini dibina oleh aruah ayahnya, yang merupakan seorang tukang yang mahir. Rumah ini terdiri daripada anjung yang panjang dan ibu rumah. Cuma bahagian dapur telah dinaiktaraf. Jadi bahagian dapur telah menjadi ruang yang sangat mustahak. Bahagian atas rumah jarang dijengah. Bila semua anak2 mak mertua berkumpul barulah rumah atas digunakan terutama sebagai ruang tidur.
Anak2 mak mertua semuanya telah mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Anak2 mak mertua ada yang menetap berhampiran dan ada juga yang tinggal jauh. Rumah pusaka inilah tempat anak-anak dan menantu mak berkumpul setiap hari raya atau cuti balik kampung. Suami ibuintan adalah anak yang keenam daripada 11 beradik. Rumah ibuintan lebih kurang 15 km dari rumah mak mertua.
Setiap cuti hujung minggu ibuintan pasti akan membawa anak-anak balik ke rumah mak mertua. Mereka keduanya telah tua dan uzur, sering sakit2, tetapi tidaklah menghidap penyakit kronik, cuma sering demam dan abah pula menghidap darah tinggi. Ibuintan akan memastikan kami sekeluarga menjenguk mereka walaupun sekejap. Seronok menengok senyuman mereka setiap kali kami sampai. Menjenguk sementara mereka masih ada. Kedua ibubapa ibuintan telah meninggal beberapa tahun yang lalu, jadi kepada kedua mak dan abah mertualah anak2 menunpang kasih atuk dan uwan. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan melanjutkan usia kedua mereka.

wassallam.

Tiada ulasan: