Followers
Rabu, 12 Disember 2012
Ibu berehat hari ni.
Terima kasih Intan .... menu yang biasa-biasa tapi amat bermakna buat ibu. Terima kasih kerana berjaya mengenyangkan semua ahli keluarga.
.. indah di pandangan mata
Baru balik dari berjalan-jalan turun naik bukit di Jalan Bukit Pilah. Indah cuaca pagi ni, setelah petang semalam sepanjang petang hujan turun dengan lebatnya. Suasana yang dingin dan berkabus menjadikan perjalanan naik dan turun bukit tidak terasa penatnya... namun peluh tetap membertih keluarnya.
Gabungan angka yang menarik hari ni....12.12.12... namun rutin perjalanan hidup harian tetap berjalan seperti biasa. Moga perjalanan hidup kita semua dipenuhi dengan keberkatan dan kedamaian buat selamanya.
nyarap yuk!! ... kata bibik sebelah rumah
Langgan:
Catatan (Atom)



