Yang sebenar-benarnya sepanjang minggu ni, ibuintan sebenarnya sibuk hingga ke petang. Setiap petang sepanjang minggu ini menghantar Intan ke kelas memandu keretanya. Bukan setakat menghantar saja tapi menunggu juga hingga selesai.
Ni hari pertamanya belajar memandu kereta. Langkah pertamanya belajar pusing-pusing saja dulu di tapak pasar tani ni. Selepas lapan pusingan terus dibawa ke jalan raya. Dapat pula cikgu yang muda belia... anak tokey tu yang mengajar, hari pertama Intan dah mula pecut hingga 60 km, aduhai berani sungguh budak ni, cikgunya pun satu... asyik suruh tekan minyak je. "Ala bu... jalan lenggang je, 60km pun bukan laju' selamba je dia. Pelajaran yang amat menggembirakannya. Seronok sakan dia bercerita.
Sebab lambat mula belajar walau dah dapat lesen L, toke kelas memandu tu
terpaksa membuka 'kelasnya' untuk Intan pada setiap petang. Terus
menerus selama seminggu. Disebabkan keinginan yang kuat hendak mendapat lesen kereta, ditambah pula dengan keberaniannya, nampaknya Intan makin cekap, belajar parking pun nampaknya mudah baginya. Tak ada tiang-tiang yang dicacakkan yang tumbang dilanggarnya.
Harapnya nanti sekali ujian saja terus lulus. Ibunya dulu menggigil kepala lutut, tu sebab terpaksa dua kali mengambil ujian bukit.
Pagi tadi pula, ibuintan berada di sekolah mesyuarat dan bengkel PBS. Menjelang tengah hari baru balik. Sebab dah lambat langsung malas pergi kenduri akikah di rumah jiran. Dah malas pergi kenalah masak untuk makan tengah hari. Lepas Zuhur cadangnya nak ke majlis suaikenal group fb Kelab Anak-anak Negeri Sembilan di Seremban tapi datang pula adik sekeluarga. Mereka balik dari rumah kenduri lalu singgah di rumah ibuintan. Borak-borak sampai pukul lima setengah.
.... jeles dengan sahabat yang boleh berblokwalking semasa waktu bekerja.
